Sep 2, 2009

Di Kala Saya Dibenci

Untuk jangka waktu ini, perkara yang paling menyeksa tubuh dan minda saya adalah perasaan dibenci dan membenci. Baiklah, sebagai pembetulan, perasaan apabila dibenci adalah perasaan yang paling seksa sekali. Membenci membawa perasaan gembira.

Mungkin saya ni paranoid, tetapi saya ada suatu perasaan yang saya sedang dicemuh dan tidak dilayani oleh seseorang. Memang padan muka kerana orang lain takkan membenci saya kalau saya tidak menyinggung mereka. Saya tidak biasa menangis, mungkin sebab itulah air mata saya tidak akan keluar walaupun pada hakikatnya saya sedang 'menangis' setiap masa.

Saya ni bukan orang yang ganas. Jadi punching-bag tidak memainkan peranan langsung bila saya ingin meluahkan perasaan. Dalam masa yang sama, saya juga orang yang susah mencurahkan kasih sayang. Mungkin sebab itulah minda saya tidak tenteram. Harapan saya adalah, sebelum saya mati, saya dapat merasai perasaan kasih sayang dan bukan kebencian. Mungkin kawan-kawan dan keluarga saya sentiasa mencurahkan kasih sayang kepada saya, cuma saya yang bangang ni tak dapat nak interpret.

Saya juga hampir memahami perasaan orang yang sentiasa didiskriminasi dan dibenci. Jika saya dapat menemui orang seperti ini, akan saya memeluk mereka dan menangis bersama mereka. Kelakar, dalam Malaysia yang multiracial dan tanpa rasisme ini, saya boleh berfikir seperti seorang Negro yang tinggal di Amerika.

Membunuh diri? Tak mungkin. Saya tidak melihat ini sebagai cara untuk melepaskan diri dari masalah. Saya tidak ingin berjumpa dengan Tuhan dalam keadaan seperti ini. Tidak mungkin saya akan mencederakan diri, ibu dan ayah saya yang telah mencurahkan kasih sayang dalam membina tubuh saya yang sihat dan montel ini, sudah pasti saya tidak ingin mensia-siakan usaha dan harapan mereka.

Mungkin antara kamu yang terbaca ini akan berfikir yang saya ni lemah. Tapi saya kini tidak lagi takut untuk mengaku yang sememangnya saya ni lemah. Perkara yang saya tidak takut memberitahu Tuhan, saya tidak perlu lagi takut memberitahu kamu. Saya sudah menapak selangkah ke arah kematangan dan hidup seorang adult yang selalu saya impikan.

Just in case, kamu tidak tahu. Perasaan sedih apabila kamu didiskriminasi adalah sama macam kamu menghabiskan sekotak rokok yang mempunyai 20 batang dalam masa setengah jam. Setiap degupan jantung kamu mendatangkan kesakitan. Rasa macam mahu berhentikan sahaja jantung itu.

Entry ini tidak bersifat ilmiah dan pendapat langsung. Ini hanyalah luahan perasaan saya. Terima kasih kalau terbaca dan harap-harap tidak marah kepada saya kerana merepek dalam entry ini.


Sedang melayan lagu "Tell Me Where It Hurts - Garbage"

2 comments:

Anonymous said...

it's okay , chan...
normal la tu kalau terasa dibenci...

cuba chan berbincang dengan orang itu.. so that u boleh tau apa yang dia bencikan itu.. dan maybe u could do something to fix it?

i personally think discussion is da best way to solve it out as there's no point assuming..
assuming can be wrong, right? it could be the truth, or just totally wrong..

so.. go meet face to face with the person, k? look at the bright side of your life..

though somebody may hate u..
u have your family n God who won't stop loving u... =)

let them with their feelings.. just make sure dat u r free from hatred.. coz hatred just making ur life miserable... chill out, k! =)

Chan said...

Thanks a lot! Yes, I will try to solve it. I'm really glad you read all my troubles in this entry. Thanks again.

And yeah, hatred is like a poison. Saya rasa saya tidak akan membenci sesiapa lagi kerana saya tahu seksanya. =)