Aug 29, 2009

Kekurangan Umat Islam Zaman Kini

Hah!!!!

Kamu mesti sedang 'click' kat blog saya ni dengan perasaan marah! Saya yang telah membaca tingkahlaku umat Islam MELAYU selama 3 tahun ni tak pernah silap. Saya berdoa agar saya silap.


Tahukah kenapa umat Islam kini makin dibenci oleh dunia yang termakan media Barat???


Dakwah Introvert

Adakah kamu perasan bahawa setiap website dakwah Islam hanya mempunyai pembaca Muslim sahaja? Dakwah kini memfokuskan hanya kepada penganut yang memang sudah Islam sahaja. Non-muslim tidak terbaca side of argument tentang Islam, takkan lah kamu nak benci mereka kerana jahil tentang Islam?

Cadangan saya adalah, buatlah comparative tentang agama. Dan satu lagi, jawablah segala stereotype yang telah diberi oleh 'kafir'. Isu stereotype muslim kini yang popular adalah 'terrorisme', 'penindasan terhadap perempuan', 'poligami'. Jawablah segala stereotype mereka.

Satu lagi silapnya adalah, pendakwah lupa bahawa stereotype sebegini diberi oleh orang Barat, bukan orang Melayu. Jadi, janganlah tuliskan entri kamu dalam Bahasa Malaysia! Tulis dalam English dan cuba untuk mendapat traffic.

Jika dakwah yang bukan bersifat Internet, belajarlah menggunakan English. Seperti Dr. Zakir Naik, walaupun dia beraccent Tamil yang pekat tapi masih bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya. Para penontonnya merupakan kelompok non-muslim seperti Kristian dan Hindu. Dr. Zakir akan membenarkan penonton untuk bertanya dan berdebat dengannya. Kesungguhan beliau seharusnya dijadikan contoh.


Tak Cukup Berani dan Ilmu

Umat Islam kini tak seberani seperti dulu. Nampak maksiat di depan muka pun tak menegur. Kalau menegur pun setengah jalan. Kawan tidak berpuasa setakat menggelengkan kepala sahaja. Mana tidaknya, umat Islam di Malaysia kini lebih JIWANG dan hanya tahu berdoa nak jumpa pasangan sahaja????

Bagi saya, ilmu agama dan dakwah lebih penting dari awek. Suka hati lah kalau awek saya tak suka teguran saya. Umat Islam kini semakin jambu, saya perlu katakan, jadi saya harap walau sejambu mana umat Islam sekarang pun, diharap mereka tetap terasah ketegasan agama mereka.

Bagi sesiapa yang mengatakan pendakwah ni hanya pilihan Allah sahaja, di sini saya ingin menjawab. Ya, pendakwah hanya dipilih olehNya, tapi setiap umat Islam wajib diasah dengan ilmu agama. Ditambah pula Malaysia yang multiracial ini, macam mana kalau Ah Chong atau Muthu bertanya pasal ibadah kamu??

"Wei Mat, asal lu olang kena berpuasa ah??"

"Alah, kitorang berpuasa sebab nak simpan perut untuk beraya nanti... Kuang3 (Sound effect Saiful Apek)"

Kepala hotak hang.....


Non-Muslim Tidak Dialu-alukan

Berdasarkan pemerhatian saya yang rendah diri ni, kawan-kawan saya tidak suka saya berbincang agama dengan mereka. Takut iman mereka dicabar. Betul tu, sehingga dalam blog saya ni pun, idea saya diserang tanpa ada idea baru. Mereka hanya tahu merepek. Tidak setuju tapi hanya tahu mengutuk. Cepat sangat give up dengan kejahilan saya.

Saya juga sentiasa tidak dilayan bila saya berkomen dalam website dan blog dakwah Islam. Mereka tahu yang saya bukan Islam, maka mereka berpendapat bahawa saya tidak memerlukan ajaran dari mereka. Mereka hanya tahu berdoa kepada Tuhan agar memberikan hidayah kepada saya. Aduh. Saya hampir menangis dan jatuh demam kerana saya 'didiskriminasi' oleh mereka.



Cinta, Cinta, Cinta.

Orang alim biasanya ada 6 daripada 10 entry yang berbaur jiwang. Menyampah dan menjijikkan. Saya pun tahu berjiwang, kerana saya masih berdarah remaja dan hormon saya tidak stabil. Tapi bila nak bercerita tentang agama kenalah jauhkan diri sikit dari cinta.

Ahhhhh, jangan bising-bising. Berkopiah atau tidak, berhijab atau tidak, masih sangap cinta jugak!!!! Muktamad.


Tak Hormat Kepada Suatu Kelompok

Semua orang yang dilahirkan daripada keluarga yang alim beragama (tak kisah agama apa) ada juga diberi propaganda terhadap kelompok yang bukan sama agama dengannya.

Tanpa disedari, ini adalah suatu sifat assabiah dan perkauman. Saya suka membuat kawan yang sedia membantu saya bila saya ada kemusykilan agama kerana orang seperti ini memang susah nak jumpa. Islam adalah untuk semua bangsa, ia adalah suatu agama sejagat. Jadi, sebarkanlah kepada sesiapa sahaja jika mereka mendampingi kamu.




Kesimpulan

Faktor 'rocket' yang sure-fire adalah perangai kamu yang muslim ni. Moraliti kamu yang dipancarkan menerusi agama kamu kepada non-muslim adalah dakwah yang paling hebat sekali. Ia terbukti berkesan pada Zaman Melaka, dan saya juga percaya ia akan berkesan pada zaman ini. Setakat baca dan setuju tak menjadi apa-apa. Baca dan praktikkan adalah jalan yang terbaik. Dengan izin Tuhan.





"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, niscaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan…"
Surah At Taubah ayat 42.

14 comments:

nissasurflife said...

hai chan..
islam agama yg indah sgt.. selami lah islam. sy faham bkan mudah u2k saudara berbuat demikian..tmbahah lg mlihat kekuargn umat islam kini.. carilah sumber kkuatan yg mantap u2k bertanye ttg Islam sperti ust2... sbb mgkin dluar sne mreke cme bertitlekn Islam tp pengamalan mereka mgkin x100% Islam.. ramai org islam mcm 2... pendakwah2 dihina oleh mereka yg bertitlekn islam i2.. mcm ne Islam nk mncpai kgemilangn smule jka ad org2 mcm mreke.. n non-muslim pn akan pndang serong pd Islam sbb mereka.. selami lah Islam pd mata hati, chan akan mendapat sinaran baru pd Islam jika chan btol2 mahukan Islam...

Chan said...

yea, saya akan berusaha membetulkan pandangan saya terhadap islam.

dlm masa yg sama, saya juga ingin membetulkan sesetengah muslim yg kurang islamnya agar agama dpt didakwah dgn sempurna.

terima kasih kerana memberi saya semangat. =)

patenjihah said...

salam chan,
saye terpanggil ke mari setelah kamu memberi komen pade blog saye.

wah tak sangka kamu berminat pada islam.
teruskan usahamu, dan memang benar, jangan lihat islam dari moraliti penganutnya, tapi lihatlah dari segi keindahan ajarannya.

btw, list blogger disebelah ini.. suke saye menyentuh tentang blogger 'aminmenulis'.
fyi, dia ex-schoolmate saye dahulu. saye juge suke bace blognye.

apepun, gudlak Chan. kamu memang seorang yang open minded :)

Chan said...

owh, yg blog yg pasal Melayu dan Cina tu ek??

haha, great entry. =)

ok, wish me luck. walaupun bkn senang nk terima sesetgh perangai umat Islam kini, tp ramai juga yg sedia membantu. dgn open mind la bru kita dpt ilmu yg byk dan pelbagai.

yup, blog aminmenulis tu mmg best. memberi saya pandangan ttg Islam dari segi politik dan isu semasa. kali pertama saya jumpa blog mcm tu.

thanks! =)

Sir Pök Déng said...

Masuk Islam bukan kerana orang Melayu. Bukan kerana orang Arab.

Masuk Islam kerana ajaran Islam itu.

Chan said...

great advice. thanks. =)

Anonymous said...

emh...

chan, terkadang saya terbaca blog kamu ni, terkadang saya rasa kamu ni tak pk kan perasaan org islam, sensitiviti org islam...

saya lebih syor kamu hanya bincangkan tentang islam yang kamu tahu, agar orang yang terbaca blog kamu membetulkan dan menenrangkan dengan jelas pada kamu, kenapa, dan mengapa, tapi bukan menunding jari...

beginilah chan, penulisan kamu ni suke menyalahkan orang-orang islam, ape kate kalau tetiba, ditakdirkan pulak, orang yang memahami tentang agama kamu, agama buddha kamu pun mencerca orang-orang yang di dalam agama kamu..

sbg contoh, kamu sendiri dah menunjukkan contohnya..kamu beragama lain, tapi lebih mengkaji agama lain, sedangkan, masalah-masalah orang2 dalam agama kamu, kamu tak lihat...

bukan saya nak sekat kamu dari belajar tentang islam, tapi belajar lah untuk pengetahun kamu agar kamu sendiri yang menilainya islam atau orang islam yang menjadi cth...

dalam islam, apabila terlalu banyak berbincnag, sebenarnya kita tak tahu apa2 sebenarnye..sape kate orang yang phd, master, yang pangkat prof tu tahu semua, mereka pun lebih merendah diri dari kita yang tak punya ilmu tapi hanya banyak berhujah..ingat, Rasulullah memesan pesanan itu kerana tidak mahu kami orang islam menunjukkan kejahilan kami dalam islam, sedangkan islam ada banyak cabang dalam satu2 ibadat...

sebagai contoh, tentang pemakaian tudung, tidak ditulis di dalam al-quran wajib memakai tudung labuh, tapi cukuplah memakai seperti yang disarankan dalam al-quran, tidak jarang, melabuhkan ke hadapan dada agar menutupi...cume, bagi yang rasanya lebih selesa untuk lebih melabuhkan itu bagi melebihkan lagi tuntutan syarak...


andai Allah membuka hati chan, chan akan tahu, islam itu mudah..tidak perlu chan merasakan setiap umat islam itu maksum..setiap orang di dalam dunia ini ada buat salah...jangan kita judge hanya melalui pemikiran yang cetek..kalau chan seorang yang intelektual, bukan begini cara chan meluahkan rasa tidak puas hati...secara tak langsung, ia boleh mengundang kesensitiviti orang islam..hormatilah orang lain kalau ingin diri dihormati...dan ingatlah resmi padi, semakin berilmu, semakin tunduk, semakin chan kenal islam semakin chan tahu, hidup ini punya TUHAN yang perlu kita tunduk kerana tanda DIA, chan mustahil wujud dalam dunia ni...kita bukan seperti darwin yang mengatakan asal ujud manusia dari beruk...ingat tu chan..banyak lagi chan perlu belajar, dan bukan berhujah...

cuba banyangkan, satu kelas yang mana seorang ustaz sedang mengajar di dalamnya, mengajar tentang islam dan chan mendengar dari luar sahaja. tiba-tiba ustaz tu perasan chan, dan mengajak chan masuk ke dalam kelas, tapi chan tak nak sebab chan rasa chan dah boleh tahu tentang islam hanya dengan mendengar dari luar sahaja..pintu kelas tu sentiasa terbuka untuk chan tapi chan berkira-kira..seandainya chan bersedia untuk masuk kelas itu, chan boleh mendalamai lagi dalam tentang islam dan chan boleh lebih faham tentang indahnya islam dan ukhwah..iaitu sentiasa memuliakan sahabat dan saudara yang mana dalam islam sekalipun mereka buat salah, tetapi kami telah diikat dengan satu kalimah lailahailallah...itulah indahnya ukhwah...


lihatlah, kelas itulah tapak hidup kita di dalam dunia ini iaitu islam, pelajar-pelajar di dalam kelas itu adalah sedara yang telah disatukan dengan kalimah agung itu, dan pintu kelas itu adalah kalimah agung itu, pintu hati chan...

saya berdoa, moga chan dibukakan pintu hati, bersedia untuk memasuki islam kerana indahnya islam yang ingin lagi di dalami..jangan katakan, nantilah kerana akhlak umat islam ,kerana kalau itu lah yang chan cari, chan tidak akan jumpe orang alim sealim yang hebat mana kerana umat islam itu tidak ma'sum..dan sentiasa melakukan kesalahan...chan sendiri pun melakukan kesalahan tapi patut tak kami judge chan dengan satu kesalahan itu selama2nya...

renung2kanlah...

Chan said...

bagus komen dan nasihat kamu. saya juga sedang berusaha utk mengurangkan sangka buruk terhdp org islam (tp tdk ttg ajaran Islam)

maklumlah, saya ni dari mula lagi dicela dan dicaci oleh mereka kerana mereka sejak di bangku sekolah.

sedikit sebyk ada kesan psikologi itu. tp saya benar2 berniat utk mengubahnya.

oleh kerana sebab saya masih kurg matang dlm hal pemikiran waktu itu, saya judge Islam mengajar mereka sebegini. tp, dengan izin Tuhan, saya sanggup juga mengangkat al-Quran utk mengetahui ajaran yg sebenarnya.


walaubagaimanapun, saya semmgnya sudah mula berperang dgn segelintir org Islam yg tdk menghormati agama lain kerana ini adalah amat susah utk Islam didakwah dgn sempurna.

ttg bab tudung itu, ya, mmg btol kata kamu. terima kasih kerna membtulkan.

hujah saya ini bertindak sebagai 'pancing' utk mendptkan pembetulan melalui salah dan silap. 'analisis' yg saya buat pula adalah berdasarkan kerjasama kawan-kawan muslim. saya mmg ada byk benda yg kurg betul contohnya bab 'Freethinker'. tp saya telah dibetulkan oleh seorg anon. cuma dia silap dlm bab Buddhism sahaja. saya ambil yg betul dan betulkan yg salah.

ya, kamu buat saya tersedar bahwa saya mmg kurg mencari ajaran guru. saya hanya reti merujuk Quran dan kadangkala saya pun silap dlm mentafsirnya.

saya ada juga menegur malah menentang keras perangai penganut agama saya. tp bkn dalam blog. saya menentangnya melalui keluarga saya dan kawan saya. dakwah ini adalah melalui percakapan. saya dpt melihat perlakuan sesetgh ahli keluarga saya. mereka diberikan penjelasan bahawa agama Buddha tdk pernah menyeru mereka menyembahnya. malah kini rumah saya tiada lagi altar utk menyembah dewa2.

agama senang didakwah melalui perangai umatnya. sbb itu saya aim perangai dahulu. bkn lah kerana saya membenci umat Islam, malah saya ada ramai kawan muslim. mereka juga menjd pembaca blog saya. selepas melihat perangai barulah ada keinginan utk mempelajari agama itu.

saya tak mahu meneruskan lagi deretan ayat ini kerana takut kamu tdk fhm. saya harap kamu fhm bagaimana persepsi dan psikologi saya terhdp hal ini. dan mengapa saya sering dilihat 'menyerang' mereka yg 'tidak ma'sum' ini.

kadang2 saya berharap agar kamu dpt melihat bagaimana saya hidup di dunia nyata ini agar kamu tahu apa sebenarnya perangai saya terhdp islam ni.


(hormatilah org lain jika mahu dihormati)

berdasarkan fikiran said...

Salam..

Ana rasa falsafah chan ni adalah bersikap axiologi, iaitu lebih kepada etika... Dan jika dilihat dengan adilnya, chan cuma ingin menunjukkan etika negatif yang ditunjukkan oleh umat Islam...

Ini terpulang juga kepada persepsi kita sebagai umat Islam untuk melihat apa yang dimaksudkan dalam falsafahnya.. Ada orang sanggup meninggalkan sifat buruknya... Ada orang yang tidak sanggup berubah kerana mereka ingat semua orang tidak ma'sum... Chan ni pun ada berikan alternatif dan cadangan dalam setiap perkara yang 'dikutuknya'.. Jadi, niat dia boleh dilihat sebagai baik untuk sesetengah orang, dan sebaliknya untuk yang lain...

(^_^)

Anonymous said...

sebenarnya, cara method kamu tu salah..kalau betul kamu nak belajar ttg islam kamu datang ke pusat2 dakwah islam kerana di situ kamu buleh bertanya dan mendapatkan penjelasan.kalau kamu bertanya pada blogger2 di sini, kamu hanya memerangkap diri kamu sendiri..jujur, saya tak nak kamu terperangkap sendiri, saya nak kamu jelas ttg persoalan kamu mengenai islam...

cube kamu kaji blogger2 yang ada di sini, rata2 semuanya belasan tahun yg mana masih mencari identiti sendiri..masih jauh lagi yg perlu kamu, mereka untuk kenal ttg islam...

tgk, ada tugasan pulak tu yg anon tuh cakap...saya pernah mengikuti kursus comparative religion, mmg dinyatakan pada kami bahawa buddha itu adalah pemikiran dan hala tuju, malah ada kajian mengatakan bahawa buddha itu sendiri islam..kajilah ttg agama kamu dahulu, insya Allah kamu akan lebih kenal erti hidup..buddha sendiri merantau untuk kenal kehidupan dan segala kate2 dia hebat..saya kagum dgn kata2 buddha..

utk pembacaan, saya syorkan kamu membaca kisah ikramah anak abu jahal..dalam tu diceritakan ttg umat islam, juga tidak sesempurna yg kamu pk, menghentam ikramah, tapi ikramah tak pernah amik kisah..ape yg dia kate, dia nak berkorban hanya semata2 utk islam..itulah kecintaan dia pada islam...

semoga kamu berjaya mencari ape yg kamu cari...

Chan said...

terima kasih. akan saya improvekan lagi pengetahuan saya. =)

sipenorehgetah said...

apa la weyh.... camtu pn nk bising2... apa lak cara ni salah? cuba lu keluar dan pandang luar tingkap tu. betol x apa yg mamat ni ckp? mmg pn umat manusia x kira agama sekarg makin truk perangai diorng. orng menegur korng kata mengutuk. apa mengutuk beb? sensitif sgt pahal? dia bkn da bg cadangan ke? jgn sensitif sgt. cube lar masokkan skit pengajaran dlm blog dia dlm keplaotak korg. xsalah menegur org yg buruk perangai. bagus chan, baca lg quran. tp jgn sibuk tgk perangai umat islam sampai benci islam lak? islam ni indah ajarannya, cuma ada umat yg jahil ni x amalkan je..


si penoreh getah

Chan said...

kpd sipenorehgetah.

yup, mmg tu niat saya. menunjukkan contoh salah agar mereka dpt menilai diri dan memikirkan cadangan saya.

tp saya kini ada mood utk tukar stail pulak. saya nk cuba buat contoh baik yg boleh mereka contohi. bosan jugak kalau asyik pakai 'stail' sama je kan??? =p

Sir Pök Déng said...

Anonymous menulis:

"terkadang saya terbaca blog kamu ni, terkadang saya rasa kamu ni tak pk kan perasaan org islam, sensitiviti org islam"

Saya rasa Chan tidak menyentuh sensitiviti orang Islam. Dia hanya menyentuh sensitiviti Orang Melayu Islam Yang Hidup Kononnya Atas Nama Islam.