Sep 13, 2009

"Kenapa Kau Negatif Sangat Hah?"

Saya ingat lagi peristiwa tahun lepas yang pengkritik saya seorang ni berkata, "blog kau tu negatif sangat lah. Takde ke benda yang positif sikit nak cerita?"

Ada. Kau yang buta. Kau yang pergi click kat entry aku yang berbaur 'cemuh-nasihat'. Kau yang tak nampak apabila saya bertindak defensif terhadap puak kau. Dan ini menjadi jawapan saya.

Dan saya kadangkala 'menempelak' kawan-kawan saya yang saya rasakan tindakan mereka tidak appropriate. Mereka yang terbaca pasti terasa. Bagaimanapun, ego mereka tidak akan tercabar kerana saya tidak 'menempelak' mereka face-to-face. Jadi, mereka akan bertanya diri sebelum mereka berubah. Saya belajar 'psychology' dari pengalaman saya sendiri. Manusia selagi tidak 'ditempelak' depan-depan, akan berubah dengan gembira bila dia melihat orang lain 'ditempelak'.

Tak perlu cerita. Saya yang telah meneliti perangai sesetengah (sesetengah!!!!!!) blogger ni sentiasa mengambil kata saya dengan menyeluruh. Sebagai contoh, saya mengatakan segelintir perokok ni penjenayah, sudah tentu ada perokok ni datang kat saya dan 'menasihati' saya bahawa bukan semua perokok macam tu. "Bukan semua orang macam itu." Bak kata Pok Deng (jangan marah sebab saya pakai kamu sebagai reference kay?), 'kutukan'nya bersifat shot-gun, peluru ditaburkan. Siapa yang kena, kenalah.

Tapi dalam situasi ini tidak. Orang yang tak kena peluru tu bising pulak sebab peluru saya tak kena dia. Adil lah katakan. Kalau nak tembak, tembaklah semua orang kat dunia ni. Ada pulak orang yang berkata saya ni akan menjadi contoh buruk bagi orang yang melihat tembakan saya. Jadilah, kerana fikrah kamu memang lemah macam saya. Saya katakan. Kerana saya cukup yakin saya kurang memakai perkataan 'SEMUA'. Mungkin saya akan 'ter'pakai dalam sesetengah tembakan, tapi kamu tidak memberitahu.

Selagi saya tidak judge SEMUA, maka saya tidak perlukan sijil dan pengiktirafan. Kerana saya berkata melalui pemerhatian. Dan berdasarkan pemerhatian ini lah saya 'bermimpi' untuk menyedarkan mereka. Kamu mungkin kata saya menabur fitnah dan bersangka buruk, tetapi hakikat itu hakikat. Takpe, saya tak ada bukti. Biarlah. Kamu kena melihat baru tahu.

Kalau saya bersangka buruk, maka saya tidak akan cuba melindungi kamu. Maka saya tidak perlu lagi menulis. Kalau saya ingin merendahkan kamu, saya tidak akan memberitahu kamu yang kamu ni bermasalah. Akan saya senyap dan lihat kamu menghancurkan diri. Dan saya akan ketawa bila saya melihat statistik 'teruk' kamu meningkat. Macam seorang yahudi. Sesetengah yahudi saya maksudkan. Kang ada seorang 'yahudi' masuk menyerang saya pulak.

Cukup kelakar bila 'analysis' saya yang negatif "untuk kali pertama ini disiarkan, datang pulak seorang ni mengatakan saya tidak memikirkan sensitiviti orang. Ooops, kalau saya tak menghiraukan sensitiviti kamu, saya sudah mengutuk kamu tanpa memberikan cadangan. Lagipun, saya memang tengah 'memancing' orang seperti itu untuk datang ke saya. Saya ni memang pandai mengutuk (masa waktu kecik dulu lah), kalau saya mahu mengutuk kamu, saya dah tak pakai analysis untuk kutuk kamu dah. Saya boleh mengutuk kamu dengan satu ayat saja. "Kau memang bodoh". Muktamad.

Kembali kepada soal 'authority', saya memang tak ada authority untuk 'menasihati' kamu. Kerana saya tidak bersijil. Kerana saya masih belum kahwin. Jadi pembaca tidak harus mengikut saya. Okay, saya ikut kata kamu. Kalau satu dunia, budak-budak tak mahu menasihati orang yang disebelah mereka kerana mereka sedang berusaha mencari 'sijil', saya rasa yang menasihati mereka ni cuma orang yang tua. Ratio 'penasihat' menjadi 2:10 (saya agak je). Saya juga tidak mempunyai authority untuk berhujah kerana saya belum kahwin. Jadi saya tidak boleh membaca sumber ilmiah untuk menegakkan hujah saya. Tak boleh, tak boleh. Walaupun itu sumber yang sahih pun tak boleh.

Pelik kan?? Entry saya yang positif tak ada pulak pengkomen. Cuba kamu tengok sendiri. Tak baik bersangka buruk. Mungkin mereka ni tak paham English kot.

Saya cuba explain sikit, ini alam maya. Ini blog. Jadi, selagi saya tidak menyatakan nama orang yang saya 'tembak' dalam ni, orang 'besar-kemungkinan' akan berubah tanpa merasakan yang sebenarnya mereka lah yang sedang 'ditembak'. Less ego. Saya tak kenal pembaca saya. Faham psikologi tak?

Bak kata seorang pengkomen saya, dia katakan saya ni bersikap 'axiologi'. Lebih pentingkan etika. Nanti saya check dalam kamus apa maksud axiologi. Betul gak kata dia, saya banyak tekankan pasal 'etika' sahaja. Saya pentingkan moral. Bukan hujah tentang 'kebenaran' agama. Dan bukan pasal 'kebodohan' penganut tertentu. Saya fokuskan apa yang mereka kurang yang harus mereka ada.

Kalau semua orang 'merendah diri' dan tak mahu berhujah, apa akan jadi kat dunia rasanya?




Sebagai penutup, saya nak ceritakan sikit pasal mengumpat, "aku rasa si Ahmad ni tak puasa pastu tak bersolat pulak tuh, dia memang ditakdirkan untuk neraka." <-- Inilah mengumpat.


"Sesetengah muslim sekarang ni dah tak puasa dan tak solat, kalau diorang ni tak ikut arahan, memang diorang ni nak masuk neraka lah. Aku rasa aku kena buat benda yang baik untuk menjadi contoh baik kepada diorang. Dan aku nak diorang ni tengok kebaikan mengikut arahan Tuhan." <-- Ada orang rasa ini namanya mengumpat.


P:S - Semalam saya pergi tengok wayang Final Destination 4 kat (ya, masa bulan Ramadhan) KLCC. Saya nampak sekumpulan budak yang 'sepatutnya berpuasa' ni makan popcorn. Dan saya ternampak sepasang couple ni bermadu kasih. Bukan masa bulan puasa takleh buat camtu ke? Malas saya nak tulis dalam blog dan biar orang sedar, sebab aku tak ada 'sijil' dan 'belum kahwin'.

2 comments:

Sanji desu! said...

Haha..

Mengumpat ialah bercakap buruk tentang seseorang di belakangnya tanpa pengetahuannya. Sesuatu yang benar.

E.g. "Ko taw tak ari tu ak nampak si Chan tu korek idung atas pentas. Tak cover! Dia masukkan sebijik jari dia terus dlm hidung. Gle xtaw malu siot!"

Tetapi, jika ditambah dengan cerita2 yang tidak benar. Ia menjadi fitnah.

Fitnah dosanya samalah seperti membunuh seorang saudara sendiri.

Mengumpat pula seperti memakan daging saudara sendiri.

P/s: No offence Chan, ak xtaw nk pk apa dibuat contoh haha..

Chan said...

haha, xda contoh lg best ke??? =p

yup, its true. kalau 'mengumpat' atas niat ingin menyampaikan kepada suatu kelompok tentang kejahilan, itu dah bukan mengumpat. kalau camtu, dah berapa kali dah ustaz dan ustazah dah 'mengumpat'??

so, method saya lebih fokuskan atas kelakuan dan bukan orang itu. sebab tulah, saya x taruk nama diorg dlm blog saya. lagipun, orang yang saya perhati nih sume yg saya xkenal. mmg da sure yg saya x ada personal opinion terhdp diorg ni. =)


ps: sory beb, byk sgt sms language, mls nk menaip lah hari ni. hahaha.