Jul 10, 2011

BERSIH 2.0 - Dari Perspektif Non-Political

Saya tak kisah lah apa view kamu terhadap perhimpunan damai ni. Ada orang kata perhimpunan ini boleh 'Change The Future'. Perkataan 'Change' ni sudah menjadi inflasi ideologi politik selepas Obama memasuki kandang Presidency. Ada bagusnya kalau perhimpunan BERSIH ni boleh membersihkan voting system Malaysia. Mereka kata voting system Malaysia ni kotor. Saya tak tahu lah siapa yang berkata demikian, tapi pasti bukan para pembangkang. Kerana pembangkang sudah menang banyak major city dalam election yang lepas. Memang kelakar lah kalau mereka kata system voting kotor selepas menang banyak. Saya pun tak tahulah. Saya ni salah seorang 'educated fools' yang tidak mengambil kisah sangat tentang masa depan negara tercinta ni.

Bagi saya perhimpunan ni dah banyak mengacau kehidupan seharian rakyat. Roadblock situ dan sini. Aduh, sakit hati. Tapi sebelum anda mahu berhimpun depan rumah saya, bukan saya nak kata perhimpunan ni tak bagus! Kamu, sebagai penyokong BERSIH pun tak boleh nak deny yang perhimpunan ini menyusahkan orang ramai juga.

Sokong ada sokong, bangkang pun bangkang juga. Tapi satu benda yang kita sebagai orang Malaysia sentiasa lupa ialah, kita mengambil serius hingga menjejaskan hubungan silaturrahim antara umat. Apa yang kamu dapat dari semua ni?

Tak salah kalau pemikiran dan ideology kita berlainan, cuma janganlah kamu mengambil di hati dan main delete orang dari Facebook sebab bergaduh pasal benda politik. Eh brader, tak ubah apa-apa lah kalau kamu terus nak berdebat pasal pros and cons BERSIH ni. Saya sangat sedih kerana kita sebagai orang Malaysia ni terlalu senang untuk dipecah-belahkan.

Jangan lah kamu main label-label orang sebab mereka tidak kongsi ideology yang sama dengan kamu. Jangan nak label orang 'kafir laknat', 'anjing kerajaan', takpun 'gay' (Saya pun tak tahulah). Mereka pun manusia juga. Saya yang ingin stay neutral ni pun dah ditembak berkali-kali oleh supporter BERSIH ni, mengatakan bahawa saya ni 'childish', 'selfish', dan lebih kelakar lagi, 'bukan lelaki'.

Entah apa-apa lah. Kamu ni tak payahlah nak obses sangat dengan politik-politik ni. Semua orang pun nak kesejahteraan hidup dalam negara ni, tak payahlah nak 'menembak' satu sama lain dengan label yang tak senonoh dan tak kena-mengena. Kita sebagai orang Malaysia kena sayang satu sama lain.

Sep 7, 2010

Iklan Raya TV3

Baru-baru ni TV3 telah mengeluarkan iklan Raya yang penuh kontroversi. Selepas melihat video itu, saya pun tidak berapa setuju dengan iklan itu, terutamanya scene pakcik kopiah yang menaik beca terbang (silap tengok boleh jadi macam iklan Krismas lah pulak).

Saya sememangnya tidak setuju dengan iklan itu. 1Malaysia menyatukan bangsa, bukan agama.

Tetapi saya juga tidak setuju dengan para muslim yang ingin melebih-lebih dan menunjuk pandai menafsir maksud iklan itu.

Berdasarkan blog ini: http://amirul-arif.blogspot.com/2010/09/hoi-tv3-tarik-balik-iklan-raya-2010.html, saya ingin memberikan pandangan saya pula.

"Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism"


Saya benar-benar kagum dengan kebolehan sesetengah orang membuat tafsiran.

Kini blogger tersebut ingin mengatakan bahawa semua buku adalah Bible? Kerana dalam scene iklan itu, ternampak seorang budak sedang menyelak sebuah buku yang bergambar beca.

Mukasurat Jawi terbalik, itu pun saya tak sure, kerana setelah berbelas kali saya cuba melihat apa tulisan itu. Saya tidak tahu mengapa mereka mengatakan itu tulisan jawi.

Beca Merah. Beca sudah menjadi kenderaan orang Kristian lah pulak! Merah tidak hanya melambangkan orang Kristian sahaja, malah lambang orang Cina, dan juga Manchester United.

North Star. Mengapa orang Islam pantang nampak bintang? Itu lambang bintang yang biasa, bukanlah pentacle ataupun lambang syaitan. Ini apahal nak relate dengan benda negatif ni? Tidak silap saya, lambang Islam juga terdiri daripada bintang dan bulan. Waduh.

Yang kelakarnya, dalam blog itu siap ada membuat tafsiran bahawa atap itu melambangkan kemiskinan, malam itu melambangkan kemunduran Islam, dan Light Bulb itu melambangkan Syaitan. Saya tidak dapat nak counter tafsiran itu kerana saya sedang sibuk ketawa melihat karenah orang gila yang sebaliknya memburukkan agama sendiri daripada mempertahankannya.

Fahamilah, wahai sahabat, yang buku itu bukan semuanya Bible, dan kopiah putih bukanlah bermaksud pope.


Pergi tengok video itu sendiri:
http://www.youtube.com/watch?v=o8UcfFe7sLE

Apa-apa pun, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga yang menyambutnya.

Aug 25, 2010

Rokok Dan Puasa

Satu artikel dalam suratkhabar The Star menarik minat saya. Artikel itu ditulis oleh seorang wanita yang bekerja sebagai doktor. Beliau mengajukan satu soalan kepada semua perokok yang berpuasa dalam bulan Ramadhan ini: "Jika kamu boleh berhenti merokok sewaktu bulan Ramadhan, mengapa kamu tidak dapat berhenti untuk selamanya?"

Bagi saya, soalan itu adalah soalan yang salah. Saya mempunyai teori sendiri.

Bagaimana seorang perokok mempunyai keinginan untuk menghisap rokok?

Secara psikologinya, perokok akan mempunyai keinginan itu apabila mereka berpuas hati. Dengan kata lain, mereka akan mempunyai keinginan untuk merokok setelah makan dan minum. Pernahkah kamu lihat majoriti perokok biasanya membuka lighter selepas mereka makan? Tidak pernah saya lihat seseorang ini merokok dalam keadaan lapar dan dahaga.

Selain itu, perokok yang berpuasa hanya mampu berhenti merokok untuk tempoh tertentu sahaja. Masa berbuka, mereka pasti akan mula mencapai rokok. Keinginan itu akan tetap sampai.

Berpuasa boleh mengurangkan kadar merokok harian, tetapi selepas bulan itu berakhir dan umat Islam boleh makan dan minum, kadar itu akan menambah semula.

Jika ingin berhenti merokok, para perokok perlulah mempunyai keinginan untuk berhenti yang tinggi.

Selain itu, ini juga membuktikan yang berpuasa boleh menghilangkan nafsu.

Aug 23, 2010

Manusia Boleh Mencipta Mukjizat

Saya kini lebih pandai memakai ilmu Photoshop. Saya semakin pandai mengedit awan-awan dan video agar kelihatan malaikat turun dari langit. Saya bakal mencipta keajaiban dan mukjizat.

Sungguh kelakar, apabila sedikit ilmu Photoshop mampu mengubah ombak fikiran manusia ke atas agama mereka. Manusia makin senang diperbodohkan. Saya boleh meletakkan ulat dalam daging babi untuk membuatkan manusia-manusia percaya yang memang akan muncul ulat apabila menuang Coke dalam daging babi.

Dan apabila saya membuktikan dengan menuang Coke dalam daging babi di depan muka mereka, iman mereka pasti tercabar. Kerana ulat memang tidak akan muncul atas daging babi setelah dituang Coke. Dan sebenarnya jika manusia dapat melihat sekeping pelepah malaikat mereka pasti tidak bernyawa lagi selepas itu. Apatah lagi malaikat yang muncul depan kamera handphone yang murah.

Kerana ilmu Quran lebih hebat dan menjangkaui zaman daripada ilmu Photoshop. Percayalah.

Bacalah Quran daripada melihat Youtube.

Jun 19, 2010

Mereka Suka Buat Kontroversi

Beberapa bulan lepas Facebook saya digemparkan bahawa Crocs menyalahgunakan kalimah Tuhan yang menimbulkan kemarahan orang Islam. Saya ni tak reti tulis Jawi, tapi selepas saya telah meneliti kalimah Tuhan dan kalimah Crocs. Ia adalah langsung tidak sama. Tak tahulah mereka ni makan ubat apa sampai boleh kata sama. Mereka yang cari pasal pergi sengetkan gambar itu dan 'trace'kan kalimah itu agar nampak macam betul. Orang Islam makin ramai orang yang suka cari pasal.

Kini, dunia saya telah digemparkan bahawa FIFA World Cup South Africa mempunyai agenda Zionis.



Saya tak tahu lah mengapa manusia makin lama makin creative menyengetkan gambar. Dan selain itu, APA KENA MENGENA HORUS DENGAN ZIONIS?

Satu lagi gambar Olimpik London pada tahun 2012 nanti pula dikatakan menyerupai All-Seeing Eye. Eh, 2012 bukan dah kiamat ke mengikut filem yang dibenci ramai '2012'? Saya mahu otak kamu berjalan. Kalaulah para Zionis betul-betul jatuhkan umat manusia, apa logik untuk mereka menunjukkan lambang 'agama' mereka merata-rata? Macam lah kalau kita pandang lambang itu, nanti kena mind control. Makin lama makin paranoid.

All Seeing Eye itu sebenarnya digunakan pelbagai agama seperti Buddhism, Kristian, dan lagenda Mesir. Orang Freemason yang gatal tangan pergi curi lambang ini. Jadi, lambang ini tidaklah exclusive untuk zionis sahaja. Tidakkah kamu faham?

Saya rasa lebih logik jika kamu mengatakan FIFA World Cup ni boleh melalaikan manusia. Tapi tak perlulah kamu menyengetkan gambar orang dan menabur fitnah yang masih terumbang ambing lagi asas logik mereka.

P.S: Kamu cuba ambil gambar potret saya dan sengetkan, mana tahu ada lambang nazi pulak ke.

Jan 10, 2010

Sensitiviti

Saya tak beberapa selesa apabila saya digelar sebagai orang yang tidak menghiraukan sensitiviti orang lain. Saya tidak berpuas hati hati apabila saya dikatakan sebagai menghina agama (orang yang tidak megikutnya) lain sedangkan ustaz-ustaz yang memulakan ceramah mereka dengan kata yang sama. Saya betul-betul marah apabila orang mencemuh saya berdasarkan identiti saya dan bukan mesej saya. Mahu saja saya meletakkan nama orang-orang yang seperti ini dalam entri ni.

Ramai yang berpendapat bahawa kita harus melihat agama melalui 'core'nya dan bukan dari sikap penganut. Saya tanya kamu, adakah kamu jumpa non-muslim yang beria-ia membaca Quran? Sikap penganut mencerminkan agama itu sendiri, tak kisah lah Kristian, Islam, atau Buddha. Sikap itulah yang menjadi catalyst untuk mendorong orang lain untuk membaca 'core' itu.

Saya lebih berminat bercerita tentang sikap, kerana ia hanya memerlukan logik dan common sense. Saya benci apabila comment saya terhadap seseorang itu di'delete' tanpa penjelasan. Saya rasa orang seperti itu adalah orang yang tidak bertanggungjawab. "Tidak bersuara adalah lebih baik daripada bersuara", kata seorang ni selepas melenyapkan comment yang telah saya taip penat-penat dan mengharapkan jawapan. Cukup berfalsafah dengan nada alimnya sekali.

Apakah orang ini tidak berlogik? Jika sesekali terlintas dalam fikirannya bahawa dia ni adalah seorang pendakwah, saya harap dia akan berfikir semula 232 kali. Sebagai seorang yang ada common sense dan ada otak, setiap perkara yang dibuat haruslah diberikan penjelasan, jika ada silap betulkan. Tapi orang ini telah membuatkan saya rasa benci, malah kini telah menumbuh nanah dan bakal meletup sebentar lagi.

Saya masih mempunyai otak dan logik, sebab itu saya tidak memutuskan bahawa agama kamulah yang membuatkan kamu kurang ajar seperti ini. Agama dah cukup mengajar kamu, cuma kamu kadangkala hanyut dalam judgement kamu sendiri. Kadangkala walaupun kamu ni mengambil jurusan agama dalam universiti sekalipun, syaitan ada cara untuk memesongkan judgement kamu sendiri. Non-muslim tidak sepatutnya diberikan penjelasan, penjelasan hanya perlu diberi kepada muslim yang layak sahaja. Macam tu kah?

Setiap argument haruslah diberikan kata putus supaya ia tidak tumbuh nanah. Saya rasa falsafah "Tidak bersuara adalah lebih baik daripada bersuara" ni tak boleh dipakai untuk hal ni. Kamu rasa saya mengatakan benda yang menyentuh sensitiviti orang Islam. Tapi kalau dalam profile saya terletak gambar saya yang memakai kopiah dan nama profile saya yang bernama "Al- Ali Mumtaz", kamu pun akan telan juga.

Dec 9, 2009

Tanggungjawab 'Speaker Masjid'

"Bodoh."

"Lancau."


Ayat-ayat seperti ini adalah ayat yang saya tidak mahu dengar atau lihat daripada penceramah agama apa-apa saja. Kerana amanah untuk menyampaikan mesej Tuhan ada pada mereka. Ini kerana kamu sudah berkelayakan untuk berceramah, tidak bermakna kamu ada kelayakan untuk mencarut jika kamu tidak dapat persetujuan.

Saya rasa degree yang kamu dapat penat-penat ni boleh dibuang ke dalam tong sampah jika kamu tidak dapat menahan sabar untuk menjawab satu soalan sekalipun tanpa menunjukkan degree dan tanpa kamu nak berlagak dan mencarut. Kelakar sungguh apabila kamu ingin berlagak dengan mengatakan kamu ni penceramah masjid dan orang lain tidak layak untuk 'argue' dengan kamu. Sejak bila Islam menjadi agama yang bersifat 'paderi'? Dan janganlah bersifat 'pengecut' jika kamu betul-betul ada pengetahuan. Tanpa carutan kamu, orang lebih hormat kepada kamu. Tidakkah kamu dapat berfikiran luas sedikit? Bukankah 'penceramah masjid' ini bertanggungjawab berat untuk membetulkan fikiran dan menjawab soalan orang yang musykil? Perlukah saya membuka surah untuk bercerita tentang denda orang yang bongkak dengan jawatan? Tak payahlah, kamu sebagai penceramah ni sudah tentu tahu surahnya.

Ini satu permintaan damai dari saya untuk menyampaikan cadangan bahawa perangai ini harus diubah. Berhentilah kamu daripada nak melabel orang ini dan itu macam kamu ni memegang kunci Syurga dan Neraka. Setiap manusia ada peluang, dan saya percaya mereka layak diberikan pengetahuan dan bukan cemuhan.