Sep 4, 2009

Demi Satu Ayat

Dikisahkan satu cerita tentang seorang budak yang baru sahaja memeluk Islam. Zaman itu adalah zaman tersebarnya Islam sebagai satu cara hidup yang baru dan benar untuk umat manusia. Nabi Muhammad pada ketika itu sedang menetap di satu perkampungan di Kota Madinah. Budak itu yang tidak berharta sering berimpian untuk menemui baginda agar dia dapat mempelajari ayat-ayat Al-Quran.

Mengikut kisah budak itu: "Saya sering pergi ke jalan yang menuju Madinah dan menunggu saudagar yang datang dari kota itu. Saya akan cuba memberhentikan mereka dan berharap agar mereka sedekahkan ilmu yang baru mereka belajar dari Rasullulah kepada saya. Jika sesiapa yang mengingati ayat-ayatnya, akan saya meminta kepada mereka agar memberikannya kepada saya. Dengan cara ini, saya berjaya mengumpul satu ayat daripada setiap saudagar yang ditemui saya. Dalam ingatan saya, akan saya pahatkannya agar saya tidak terlupa."
(Kisah dalam Sahih Bukhari)

Cuba fikir sejenak, kita kini yang telah mempunyai beberapa buah Al-Quran di rumah dan mempunyai setiap peluang untuk menghargai ayat-ayatnya, adakah kami menghargainya sebagaimana budak itu bersusah payah untuk menunggu para saudagar untuk memberikan satu ayat?

Adakah kita yang kini hidup senang menghargai ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana layaknya Al-Quran dihargai?



Berdasarkan buku "Discourses on Islamic Way of Life" tulisan Muhammah Taqi Usmani.

4 comments:

aminmenulis said...

yup.. Itulah kelemahan org Islam. Al-Quran sekadar dibaca, bukan untuk diamal dan dikaji. Sedangkan org bukan islam, merujuk al-quran dan segala isinya untuk dikaji. Dan memang benar apa yg dikaji itu selaras dgn al-quran. Lalu mereka masuk islam, kerana yakin dgn kebenaran dan mukjizat al-quran yg telah diturunkan 1430 tahun dulu. Itulah manusia, tidak kira Islam atau sesiapa, bilamana sesuatu itu diwarisi, kita langsung tidak menghargai..

Macam anak tauke kaya la, dia tau bapak dia kaya. Buat apa nak bersusah payah menjaga, bekerja, belajar bersungguh2? Sebab dia tidak merasai nikmat dan susah payah untuk mendapatkan sesuatu.

Chan said...

manusia mmg mcm itu. ble selesa mereka akan mudah lupa, tetapi bila susah akan memaki Tuhan kerana memberikan mereka masalah.

tp bile kita melihat di sebalik masalah yang melanda kita, sedikit sebyk adalah berpunca drpd tindakan kita sendiri. lgpun, ada hikmahnya di sebalik keburukan yg telah berlaku. ia membuatkan kita ingat kepada Tuhan dan ajaranNya.

saya semmgnya sudah jatuh cinta dengan ajaran yg terdpt dlm al-quran. mmg saya tdk menyesal mengkajinya.

=)

sipenorehgetah said...

tu la.. quran walaupun setakat dikhatam pn boleyh dtgkan pahala. hargailah Quran wahai org2 moden.

Sanji desu! said...

like i always say...

"Manusia, manusia."

Haha. Tak perlu dikhatamkan. Bacalah satu ayat sehari. Tu pown sudah mencukupi. (kalau dah khatamlah +jika iman tu dah lemah sangat) tapi bagi mereka yang belum khatam tu, ambiklah masa sikit untuk khatamkan Kitabul Karim tu. Semalam satu ain, atau sehari satu muka surat paling kaw-kaw la.

Sebenarnya ada seorang Imam pernah bertanya, maaf tapi sy xingat cerita panjang dia.

Bagaimana yang boleh mendekatkan diri dengan Allah, membaca dengan tahu maksud Al-Quran, atau bolehkah dengan membaca Al-Quran tanpa mengetahui maksudnya?

Jawapannya, dua-dua boleh mendekatkan seseorang hamba kepada Al-Khaliq (Pencipta). Apa yang penting ialah niat seseorang ketika membaca al-Quran.