Aug 29, 2009

Kekurangan Umat Islam Zaman Kini

Hah!!!!

Kamu mesti sedang 'click' kat blog saya ni dengan perasaan marah! Saya yang telah membaca tingkahlaku umat Islam MELAYU selama 3 tahun ni tak pernah silap. Saya berdoa agar saya silap.


Tahukah kenapa umat Islam kini makin dibenci oleh dunia yang termakan media Barat???


Dakwah Introvert

Adakah kamu perasan bahawa setiap website dakwah Islam hanya mempunyai pembaca Muslim sahaja? Dakwah kini memfokuskan hanya kepada penganut yang memang sudah Islam sahaja. Non-muslim tidak terbaca side of argument tentang Islam, takkan lah kamu nak benci mereka kerana jahil tentang Islam?

Cadangan saya adalah, buatlah comparative tentang agama. Dan satu lagi, jawablah segala stereotype yang telah diberi oleh 'kafir'. Isu stereotype muslim kini yang popular adalah 'terrorisme', 'penindasan terhadap perempuan', 'poligami'. Jawablah segala stereotype mereka.

Satu lagi silapnya adalah, pendakwah lupa bahawa stereotype sebegini diberi oleh orang Barat, bukan orang Melayu. Jadi, janganlah tuliskan entri kamu dalam Bahasa Malaysia! Tulis dalam English dan cuba untuk mendapat traffic.

Jika dakwah yang bukan bersifat Internet, belajarlah menggunakan English. Seperti Dr. Zakir Naik, walaupun dia beraccent Tamil yang pekat tapi masih bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya. Para penontonnya merupakan kelompok non-muslim seperti Kristian dan Hindu. Dr. Zakir akan membenarkan penonton untuk bertanya dan berdebat dengannya. Kesungguhan beliau seharusnya dijadikan contoh.


Tak Cukup Berani dan Ilmu

Umat Islam kini tak seberani seperti dulu. Nampak maksiat di depan muka pun tak menegur. Kalau menegur pun setengah jalan. Kawan tidak berpuasa setakat menggelengkan kepala sahaja. Mana tidaknya, umat Islam di Malaysia kini lebih JIWANG dan hanya tahu berdoa nak jumpa pasangan sahaja????

Bagi saya, ilmu agama dan dakwah lebih penting dari awek. Suka hati lah kalau awek saya tak suka teguran saya. Umat Islam kini semakin jambu, saya perlu katakan, jadi saya harap walau sejambu mana umat Islam sekarang pun, diharap mereka tetap terasah ketegasan agama mereka.

Bagi sesiapa yang mengatakan pendakwah ni hanya pilihan Allah sahaja, di sini saya ingin menjawab. Ya, pendakwah hanya dipilih olehNya, tapi setiap umat Islam wajib diasah dengan ilmu agama. Ditambah pula Malaysia yang multiracial ini, macam mana kalau Ah Chong atau Muthu bertanya pasal ibadah kamu??

"Wei Mat, asal lu olang kena berpuasa ah??"

"Alah, kitorang berpuasa sebab nak simpan perut untuk beraya nanti... Kuang3 (Sound effect Saiful Apek)"

Kepala hotak hang.....


Non-Muslim Tidak Dialu-alukan

Berdasarkan pemerhatian saya yang rendah diri ni, kawan-kawan saya tidak suka saya berbincang agama dengan mereka. Takut iman mereka dicabar. Betul tu, sehingga dalam blog saya ni pun, idea saya diserang tanpa ada idea baru. Mereka hanya tahu merepek. Tidak setuju tapi hanya tahu mengutuk. Cepat sangat give up dengan kejahilan saya.

Saya juga sentiasa tidak dilayan bila saya berkomen dalam website dan blog dakwah Islam. Mereka tahu yang saya bukan Islam, maka mereka berpendapat bahawa saya tidak memerlukan ajaran dari mereka. Mereka hanya tahu berdoa kepada Tuhan agar memberikan hidayah kepada saya. Aduh. Saya hampir menangis dan jatuh demam kerana saya 'didiskriminasi' oleh mereka.



Cinta, Cinta, Cinta.

Orang alim biasanya ada 6 daripada 10 entry yang berbaur jiwang. Menyampah dan menjijikkan. Saya pun tahu berjiwang, kerana saya masih berdarah remaja dan hormon saya tidak stabil. Tapi bila nak bercerita tentang agama kenalah jauhkan diri sikit dari cinta.

Ahhhhh, jangan bising-bising. Berkopiah atau tidak, berhijab atau tidak, masih sangap cinta jugak!!!! Muktamad.


Tak Hormat Kepada Suatu Kelompok

Semua orang yang dilahirkan daripada keluarga yang alim beragama (tak kisah agama apa) ada juga diberi propaganda terhadap kelompok yang bukan sama agama dengannya.

Tanpa disedari, ini adalah suatu sifat assabiah dan perkauman. Saya suka membuat kawan yang sedia membantu saya bila saya ada kemusykilan agama kerana orang seperti ini memang susah nak jumpa. Islam adalah untuk semua bangsa, ia adalah suatu agama sejagat. Jadi, sebarkanlah kepada sesiapa sahaja jika mereka mendampingi kamu.




Kesimpulan

Faktor 'rocket' yang sure-fire adalah perangai kamu yang muslim ni. Moraliti kamu yang dipancarkan menerusi agama kamu kepada non-muslim adalah dakwah yang paling hebat sekali. Ia terbukti berkesan pada Zaman Melaka, dan saya juga percaya ia akan berkesan pada zaman ini. Setakat baca dan setuju tak menjadi apa-apa. Baca dan praktikkan adalah jalan yang terbaik. Dengan izin Tuhan.





"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, niscaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan…"
Surah At Taubah ayat 42.

Aug 28, 2009

Mata Di Sebalik Hijab

Saya sedang berjalan-jalan dengan tunang saya, Mira, diiringi dengan ahli keluarganya. Setelah penat kami menghayati Bukit Bendera di Pulau Pinang, kami duduk bersama sambil berehat untuk perjalanan seterusnya.

Sedang saya membuka sebotol air untuk diberikan kepada Mira, dia sempat bertanya saya, "kalau satu hari nanti saya berada di tengah-tengah sekelompok wanita, dapatkah awak cam saya lagi?"

"Sudah tentu."

"Tapi bagaimana? Jika saya yang berhijab dan berpurdah ni berada dalam sekumpulan wanita yang berpakaian macam saya, dapatkah awak cam saya lagi?"

"Saya mula mengenali kamu dalam pakaian seperti ini. Dari mula kita jatuh cinta, saya sudah mengecam renungan matamu. Jika saya dapat mengecam renunganmu sejak kita berjumpa, dengan izin Tuhan, akan saya mengecamnya sampai bila-bila."

Walaupun mulutnya dilindungi selembar kain, tapi saya dapat melihat yang Mira sedang tersenyum manis.



DISCLAIMER: Saya bukan watak dalam cerita dongeng ni. Dalam usaha menghasilkan cerita ini saya telah muntah-muntah dan rasa kekok kerana tidak biasa berayat jiwang. By the way, cerita ni boleh kalahkan 'trailer' Ayat-Ayat Cinta. Hahaha.

Aug 24, 2009

Antara Cabaran Dan Kewajipan

Bukanlah suatu cabaran untuk umat Islam bersembahyang lima waktu tanpa 'miss'
tetapi adalah kewajipan,
cuma kadangkala boleh menjadi cabaran,
bila dah tiba masa nak melayan kekasih dan tak bangun bersubuh sebab tidur lambat.

Bukanlah suatu cabaran untuk melakukan ibadah puasa,
tetapi adalah kewajipan,
cuma kadangkala boleh menjadi cabaran,
bila ada kawan-kawan yang mengajak pergi makan McD..

Bukanlah suatu cabaran untuk menutup aurat,
tetapi adalah kewajipan,
cuma kadangkala boleh menjadi cabaran,
bila ada kaum Adam yang memuji dia cantik dan sexy.

Bukanlah suatu cabaran untuk menghindari makan minum yang haram,
tetapi adalah kewajipan,
cuma kadangkala boleh menjadi cabaran,
bila lidah dah menggatal sebab ketagih lepas mencuba kali pertama.

Bukanlah suatu cabaran untuk setia kepada suami dan isteri masing-masing,
tetapi adalah kewajipan,
cuma kadangkala boleh menjadi cabaran,
di kala ada perselisihan faham dan dua-dua melalak nak cari yang lain.

Bukanlah suatu kewajipan untuk menulis pantun ini (ni pantun ke?)
tetapi adalah cabaran,
cuma kadangkala boleh menjadi kewajipan,
bila dah panas hati selepas melihat gelagat sesetengah umat yang kurang beriman.

Manusia yang berkebolehan tak takut cabaran,
hanya takut kewajipan mereka tidak dilaksanakan,
kewajipan yang dilaksanakan menjanjikan syurga,
cabaran yang gagal diharungi nescaya masuk ke neraka.


Nak sebarkan 'pantun' ni memang digalakkan, cuma mesti kena ada permission dan link originalnya.



Yang Benar,

Chan.

Aug 22, 2009

Nafsu Seks (Pro-Hijab Campaign)

Kebanyakan pembaca blog saya untuk tempoh sekarang ni adalah perempuan. Saya pun tak mengerti. Saya tak hensem. Saya ingin memakai peluang ini untuk memberi mereka pendidikan seks dan kemahiran berfikir untuk sendiri. Lelaki kebanyakannya jika dengar perkataan seks maka mereka akan terus fikir perempuan. Ya lah, kalau bukan perempuan, siapa lagi. Kecuali mereka ni gay.

Perempuan oh perempuan, sukakah kamu dilayan sebagai sebuah 'alat'? Perempuan, setahu pendidikan psikologi saya, amatlah jiwang dan akan menyukai seorang lelaki tanpa keinginan untuk seks. Tetapi lelaki, berdasarkan hidup saya sebagai seorang lelaki, kebanyakannya suka perempuan atas dasar 'body and face'. Selagi lelaki itu ada nafsu, maka besarlah kemungkinan ini yang mereka lihat dahulu, tak kisah lah ustaz atau tidak.

Baiklah, bercerita tentang 'alat', selalu saya jumpa perempuan yang 'bermogok' agar tidak dilayan sebagai 'alat seks' ni tak sedar diri. Masa bermogok pakai seksi. Pakai tudung paras leher. Lengan T-shirt kena gigit anjing. Seluar dia, tak tahulah nak cakap apa.... baik tak payah pakai. Nampak habis 'shape' dia. Manusia zaman sekarang telah menyalah gunakan pakaian. Fashion lah kononnya. Tudung macam-macam nama pun ada sekarang. Kasi tudung 'Setan' satu amacam?

Jika tidak mahu di'pakai' sebagai alat seks, maka haruslah kamu berlabuh. Lupakan 'fashion' jika kamu tidak mahu menjadi bahan imaginasi para lelaki. Kamu pilih jalan hidup sendiri. Kadangkala dah berlabuh pun boleh jadi imaginasi lagi. Baik kamu pakai purdah agar para lelaki tak dapat 'cari makan'. Nak imaginasi pun hanya ternampak sepasang mata sahaja. Saya tidak percaya kepada istilah 'mata you yang sexy' kerana mata tidak boleh bikin stim.

Orang barat kata Islam ni menindas perempuan, padahal dalam kitab Quran dah tertulis wajib untuk para perempuan yang untuk cover aurat mereka. Ini bukan penindasan, ini perlindungan. Lelaki setiap hari pun boleh 'penuh air di kepala'. Tak percaya tanya pakwe kamu, tak payahlah tanya, mereka mesti tak mengaku. Kamu sebagai wanita ini adalah future wife and mother kepada lelaki dan anak-anak mereka kelak. Ambillah tanggungjawab.

Cerita pasal nafsu seks mesti terselit juga kes rogol. Tak apa, itu lain kali saya cerita. Kalau ada lelaki yang terbaca entry ini, jangan risau. Perempuan ni selalunya tak makan nasihat. So, kamu tetap akan dapat 'cari makan'. (Kaedah Reverse Psychology)


P.S: Banyak lagi 'Pro-Hijab Campaign' yang bakal dilancarkan dari saya. Termasuk kisah 'cinta' yang para perempuan gilakan tuh.

Aug 20, 2009

Buddhism Bukan Agama Ke???

Saya dikejutkan oleh seorang si anon yang suruh saya belajar Agama Buddha sebelum ingin berhujah. Dia tanya saya bahawa Buddhism ini agama atau pemikiran. Saya pun tak tahu bagaimana hendak menjawab kerana ini macam soalan sekolah tadika, maklumlah, saya dah lama 'graduate' dari tadika.

Hujah pertama, perkataan 'agama' berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'kitab' dan 'karya suci'. Dalam Buddhism, terdapat kitab Tripitaka. Jadi, secara automatiknya, ia dikira sebagai 'agama'. Jika si anon ini mahu membawa kepada definisi 'religion', Buddhism tetap dikira 'religion'. Definisi 'religion' adalah, "inner experience, theologi, source of ethics." Tidak dinyatakan pun nama Tuhan. Jadi, jika Buddhism ini adalah atheistic, maka ia masih dikira 'religion' dan 'agama'.

Hujah kedua, Buddha mempercayai konsep syurga neraka. Buddhism juga ada cara sembahyangnya iaitu meditasi. Ada juga pilgrimage mereka seperti melawati 'temple'. Apakah yang difikirkan orang yang mengatakan saya perlu 'belajar tentang Buddhism sebelum pergi jauh'?

Lain kali jangan memakai perkataan, 'kalau kamu tak tahu, jangan pergi jauh' dan seumpamanya. Kamu hanya akan menambahkan nafsu marah mereka kerana kamu memperbodohkan mereka. Nanti diskusi kamu jadi sampah. Jangan, bahaya (Saya ada tergerak hati untuk menulis 'etika berdebat dalam Internet'). Dan saya mahu menyatakan bahawa entri ini bertujuan untuk menyedarkan sesiapa lagi yang berkata agama Buddha bukan agama tapi hanya pemikiran.

Kepada si anon, jangan lah simpan dalam hati, kerana saya pun tak tahu saya sedang 'tembak' siapa sekarang ni.... Mungkin kamu kenal saya, tapi saya tidak kenal kamu. Minta maaf jika tersinggung dan harap-harap mendapat manfaat dari entri ini. Salam.

Aug 18, 2009

Permainan 'Debate' Dengan Seorang Pembenci Islam

Bayangkan saya sedang duduk di sebuah kerusi dengan kawan saya yang gemar menghina Islam ni, sebuah meja bersegi empat yang berwarna coklat menjadi perantaraan kita takut kalau-kalau saya belasah dia bila saya tak tahan dengan hujahnya.

Penghina Islam (PI): Aku rasa Islam ni agama yang mempromosikan terrorisme, fanatik dan tidak berperikemanusiaan.

Chan: Ok, surah mana yang kau jumpa dalam Quran yang kata umat Islam harus membunuh sesiapa yang bukan Islam?

PI: (Senyap seketika) Aku tengok kat CNN ar. Diorang bunuh pelajar Kristian dan gantungkan kepala mereka kat gereja. Tak payah nak tengok-tengok Quran ar, orang dia pun dah jadi bukti dah.

Chan: CNN bukan Quran. Tak apa, bagi la aku satu contoh agama yang tak pernah seleweng dan tak pernah berperang.

PI: Mesti ar tak ada, manusia memang firasatnya suka berperang dan tamak kuasa.

Chan: Tahu tak pe. (Naikkan kening)

PI: (Buat muka tahan kalah) Alah, and satu lagi, poyo je orang Islam ni, kat Malaysia ni dah berapa banyak orang Islam minum arak dah, padahal Quran tak ajar pun diorang minum arak.

Chan: Ya betul tu,

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

tahukah anda, kalau orang Islam meminum setitik arak maka 40 hari solatnya tak diterima. Bayangkan kalau secawan. And, tahukah anda, satu hari tak bersolat betapa besarnya dosa diorang?

PI: (Senyap dan masih tengah berfikir tentang cara nak melawan)

Chan: Aku rasa kau cuma serang behaviour sesetengah muslim yang tak ada ilmu agama Islam. Aku cadangkan kau baca Quran dan kajinya dengan teliti tanpa prasangka dan sampaikan ilmu yang kamu tahu tu kat orang Islam.

PI: (Senyap lagi) ok....



Aku terus melompat dari kerusi aku dan menari-nari sambil bercakap: "Goal!!!! Chan - 1, Penghina Islam - 0!"





Ana berharap ada antara penghina dan pembenci Islam faham apa yang disiratkan dalam karangan diatas. Ana juga tak lupa untuk memberitahu umat Islam agar mereka sedar apa yang mereka sedang buat adalah berlandaskan ajaran al- Quran.



"Penggunaan kata 'ana' sebagai kata ganti nama diri Bahasa Malaysia tak membuat mereka nampak alim, ia hanya membuatkan mereka salah seorang daripada pengguna bahasa rojak" - Kawanku


Aug 5, 2009

Worms on Pork Fallacy




Di atas ni adalah video yang saya buat sendiri.

Tolong... Jangan pakai video 'Worms on Pork' sebagai bahan dakwah kamu, wahai ustaz dan ustazah, kerana jika non-muslim dapat membuktikan bahawa sememangnya tiada ulat dalam daging babi selepas dituang Coke, apa lagi hujah kamu yang seterusnya. Jangan pakai hujah buntu dalam dakwah kamu.

Dan kajian menuang Coke atas daging babi sememangnya tidak betul. Patutlah satu je video.