Oct 20, 2009

Jangan Bercinta Cara Courts Mammoth!

Di sini saya mulakan entry saya dengan satu kisah cinta romantik yang boleh dibuat filem. Si laki jumpa si perempuan. Mereka jatuh cinta. Si laki tu non-muslim. Si perempuan pulak muslim. Satu hari, mereka terfikir yang mereka harus kahwin kerana cinta mereka yang semakin mendalam. Seperti sebuah kisah cinta yang tipikal, sudah tentu ada konflik yang melanda dua love bird ni.

Si laki itu tak mahu convert. Si perempuan apatah lagi. Boleh kena hukum bunuh tu! Kalaulah saya sedang menonton kisah sebegini, sudah tentu saya akan gelak dan berkata, "siapa suruh cari pasal couple dengan orang agama lain!" sambil mengunyah-ngunyah popcorn lemau saya.

Masalahnya, kini bukan lagi suatu kisah dongeng. Ini kisah benar. Saya tergamam apabila salah seorang makwe kawan saya call saya dan bercerita pasal hal ini. Dia terpaksa bersetuju dengan keluarga pakwenya untuk murtad demi perkahwinan. Persoalan pertama terhadapnya ialah, "kau gila ke?" Dia kata dia tidak mahu murtad dan tidak mahu kehilangan keluarganya, tapi dia sayangkan pakwenya. Saya tahu lah sekarang murtad dah makin senang macam perceraian melalui SMS, yang penting bawak lawyer. Saya pun menyoalnya kembali, "antara keluarga, agama dan cinta, mana paling penting?"

Tahu juga dia menjawab agama dan keluarga adalah paling penting. Kang dah bermasalah, sekarang dua-dua pun tak sanggup nak convert. Jawapan amat mudah tapi menyakitkan. Lupakan sahaja dia ni kalau dia gagal nak convert. Macam mana pun, apsal couple mula-mula kalau tak fikir dulu pasal hal agama dan kepercayaan ni?

Sebab tu lah saya tak suka couple-couple ni. Tak pernah nak serious. Dalam SMS sibuk melafaz 'love you forever', tapi hakikatnya dah tengah cari pasangan lain macam tengok catalog Courts Mammoth. Bukan semuanya, segelintir saja. Ada yang sampai kahwin, ramai pulak tu. Tapi saya tetap kesiankan sesiapa yang tertipu dengan ayat-ayat cinta 'love you forever' ni. Bukan apa, forever tu deep sangat maksudnya. Sampaikan si perempuan sanggup 'ambil dulu, bayar kemudian' macam kat Courts Mammoth.

Dah termaktub dalam Al-Quran untuk seseorang mencintai seorang muslim sepertinya. Kalau nak 'couple' cara interreligious, lebih baik kalau non-muslim itu convert dahulu sebelum melafazkan 'i love you'. Lafazkanlah kalimah syahadah sebelum melafazkan ayat-ayat cinta. Kurang sikit masalah, dan kurang sikit 'kerugian' untuk perempuan yang selalu kena touch masa berdating. Personally, kalau saya minat seorang muslimah dan bercadang untuk berkahwin dengannya, saya akan convert takpun berbincang dahulu sebelum mula mengoratnya. Sebab saya tak mahu masalah. Dan saya terlalu sayangkannya hingga tidak mahu menghancurkan hatinya nanti.

Nasihat saya kepada awek kawan saya tu: kamu masih belum matang lagi masa couple dengan kawan saya tu. Tak apa, sekarang kamu dah tahu nak buat apa dah.

2 comments:

aenny said...

entry niey sangat menarik sebab hal niey terjadi dekat kawan u sendiri soo u boleyy lahh nak judge situation tuu . and i rase yang u cakap tinggalkan jee pakwe kalau dah tak sanggup nak convert memang BETUL ! memang ramai couple yang bercinta dulu pastu bari terpikir soal perbezaan agama . soo two thumbs up for u chan :D

Chan said...

yup. kalo nak couple biar rancang sampai kawin.

tenkiu for d thumbs up. =)