Nov 1, 2009

Poco-Poco

"Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yang berugama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.

Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian pocoh-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan. Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan e mel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.

Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar umat Islam tidak terpesong akidahnya."



Kini kamu telah baca e-mel di atas, maka mesej saya telah tersebar. Sekarang saya mahu tengok perkara ini dari perspektif yang lain.

Saya rasa orang kristian di Filipina tidak mengacukan pistol kat Muslim Malaysia untuk memakai tarian ini dalam majlis, National Service, kem motivasi dan sebagainya. Kamu yang menciplakkan tarian ini, dan kamu juga yang melenting.

"Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?"

Oh, nampaknya penulis e-mel ini mengutuk keras tarian ini seperti ini adalah salah orang kristian. Tapi sebelum ini saya nampak ramai yang menarikan Poco-Poco dengan senyuman manis di muka. Kini mengutuk keras pulak. Ingat ni, kamu boleh haramkan tarian ini, tapi tak perlu nak melenting kerana kamu yang menciplak. Jika kamu termasuk gereja, ini bukan salah paderi itu tapi salah kamu sendiri.

Ada bran cipta tarian sendiri. Macam tu lah One Malaysia. Jangan buat Indonesia jadikan kamu sebagai bahan gelak.

"Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu."

Musuh itu sebenarnya kamu sendiri. Mereka tidak mengenakan kamu, kamu yang mengenakan diri sendiri.

2 comments:

Sir Pök Déng said...

"penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini?"

Oleh itu si penulis mestilah menyeru kepada semua orang Melayu bodoh di Malaya ini supaya tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai aktiviti riadah Taekwondo. Ini disebabkan, semua pergerakan bunga seni Korea itu dimulakan dengan langkah kiri.

Selain itu, seni-seni riadah lain juga harus diharamkan kerana ia tidak Islamik. Bahawa dengan sesungguhnya, riadah Islamik pada mata orang Melayu bodoh di Malaya adalah riadah yang serupa sebijik dengan solat.

Selain itu, warisan bangsa Melayu juga harus diharamkan seperti Silat. Ini disebabkan langkah sembah Silat itu berasal daripada kebudayaan Melayu kuno yang berasal daripada Hindu.

Oleh itu, marilah kita menjadi Melayu bodoh buat selama-lamanya, sesuai dengan misi dan visi negara.

------------------
Chan,

Yoga merupakan cara ekspresi diri seorang penganut Hindu kepada dewa-dewa mereka. Yoga dan Hinduism adalah sinonim. Ia seperti solat dalam agama Islam. Pengharaman yoga dilaksanakan atas dasar tersebut.

Tambahan lagi, pergerakan-pergerakan yoga banyak mempunyai perlambangan agama Hindu dalam gerakan-gerakan mereka.

Cuba cari video seni beladiri India kuno "kalaripayattu" dan lihat bagaimana mereka melakukan ritual pembukaan gelanggang sebelum latihan. Itu adalah gerakan yoga. Sangat bersimbolik dalam menyembah dewa-dewa tertentu mereka.

Jika yoga itu asalnya daripada unsur kebudayaan India kuno, itu tiada masalah. Tetapi yoga adalah unsur keagamaan.

Chan said...

riadah berbentuk culture tidak mempunyai masalah untuk diikuti.

sebaliknya jika riadah yang berbentuk keagamaan tidak boleh diikut. orang islam seharusnya study dulu apa-apa yang ingin diadaptasikan oleh mereka jika tidak mahu 'diperdayakan oleh kafir'.