Oct 13, 2009

Ke Arah Tahap Yang Lebih 'Baik'

Dunia ini sentiasa berkembang. Setiap tahap di dunia ini pasti akan dinaik-tarafkan ke tahap yang lebih baik. Ini berdasarkan pemerhatian kamu, dan bukan pemerhatian saya. Lihatlah teknologi zaman kini, PS3, PSP, iPod. Cuba kamu baling sebiji iPod ke arah manusia yang 1000 tahun lebih tua dari kamu. Pasti dia ingatkan ini hadiah dari makhluk asing.

Sekarang saya mahu bercerita salah satu tahap yang setiasa dinaik-tarafkan ke arah keburukan. Sikap dan moraliti manusia. Tak apa, jika kamu keliru, saya kasi contoh. Abang saudara saya yang kini sudah berkahwin pasti akan dilempang dengan hebatnya jika ibubapa dia mendengar dia mencarut masa waktu kecil. Tapi kini, dia boleh mencarut sesuka hati mereka seperti suatu norma dalam kehidupannya. Dah advance, dah pandai. Mereka tidak lagi dikawal. Kerana mereka dah besar dan pandai berfikir. Mungkin sebab tu lah penjenayah kebanyakannya manusia yang telah akil baligh.

Jika dilihat kembali ke zaman dahulu, pornografi adalah suatu taboo yang pasti akan mengancam jantung si pelihat. Kini, orang yang melihatnya siap boleh bawa popcorn dan melihatnya bersama rakan-rakannya.

Murtad ni bukan lagi satu perkara yang menakutkan sesiapa yang tidak beriman, yang penting mereka bawa lawyer mereka.

Pada zaman dahulu, homoseksual adalah dosa yang memang besar di dunia ini. Mereka yang minat sesama jenis ni akan dihukum bunuh. Tapi kini, mereka siap boleh membuat parade di tengah jalan.

Saya melihat ini sebagai satu degeneration yang membawa manusia ke akhir zaman seperti yang termaktub dalam kitab-kitab agama. Manusia apabila semakin advance, mereka semakin mahukan kebebasan. Kebebasan untuk mencarut, kebebasan untuk minat jenis sama, dan kebebasan untuk bertukar isteri di ranjang.

Kamu kata ini kebanyakannya datang dari negara barat. Negara barat ini bukan dimensi lain. Ia masih ada dalam dunia ini. Ia mungkin disebarkan dan dicontohi. Budaya 'couple' ni datang dari mana? Dan adakah orang Malaysia kini mempraktikkannya? Adakah kini kadar pengguguran anak di Malaysia semakin meningkat? Jawablah kepada diri kamu, kerana saya sudah tahu jawapannya.

Saya ni memang old-fashioned. Tapi saya rela old fashioned dari segi trend dan bukan dari fikrah. Ooops, bukan fikrah, bak kata seorang wanita berpurdah. Lupa pula yang saya ni fikrahnya sangat rendah.

Dan berapa lagu inggeris kini yang tiada kata carut dalamnya? Berapa lagu zaman dulu yang ada kata carut walau yang ringan sekalipun? Inilah revolution ke arah trend dan style. Tapi bukan dari segi fikrah. Ooops, bukan fikrah.

Oh ya, saya nak mengeluarkan satu statement: "Benda yang mendatangkan lebih banyak mudarat dan keburukan daripada kebaikan, maka benda ini harus dielakkan". Faham-faham lah sendiri wahai pembaca.

Sekarang dah makin susah untuk rehabilitate dah. Susah mahu delete porn yang bersaiz 20 GB dalam hard disk kamu.

Susah mahu masuk syurga dan mengelakkan seksaan di kubur.

1 comment:

aenny said...

110% betul ape yang u tulis niey . maken lama maken teruk dunia . tu tanda tanda nak the end of the world .