Oct 11, 2009

Tak Makan Babi Tapi Muntah Babi

Boleh dikatakan hampir semua agama tidak membenarkan penganutnya makan babi. Orang India yang benar-benar mengikut aliran Hindu dan Buddha tidak akan memakan apa-apa daging. Dalam kitab Bible, Quran dan Taurat dah jelas terpampang tentang larangan menyentuh binatang ni.

Tapi saya rasa kamu pasti pelik dengan tajuk di atas ni. Ingatkan ada gambar-gambar pelik dan misteri ya? Tak ada, entri ini tetap membosankan. Apa yang saya ingin katakan adalah carutan yang dipakai oleh sesetengah kamu ini dalam satu hari.

Saya tak perlu nak kasi tahu kamu yang perkataan "babi" sudah jadi satu carutan yang popular dalam kalangan orang yang memakai Bahasa Malaysia/Melayu/Malaysia. Dikala pensil kamu jatuh, kamu akan menjerit "babi betul lah!". Dengan lantang pulak tu.

Itu lah yang apa saya maksudkan bahawa walaupun kamu tak makan babi, tetapi kamu boleh juga muntahkan babi. Macam pak Confucious pernah kata, "benda yang kotor dan jijik bukanlah makanan yang memasuki mulutmu, tetapi apa yang keluar darinya".

Keperibadian kamu mencerminkan ibubapa kamu. Jika kamu sayang ibubapa kamu, janganlah memburukkan nama mereka dengan carutan tak kisah lah "babi", "F-word", "A-word", dan sebagainya. Secara jujur, saya sangat membencikan wanita yang mencarut. Bayangkanlah satu hari saya terjumpa seorang awek cun ni. Ayu dan menutup aurat. Tapi plastik yang dia pegang tu terjatuh, lantas dia mengucap kalimah magik tu, "Shit!". Hilang stim lah camni!



P.S: Saya ni pun mencarut juga, tapi sebelum anda menggelar saya hipokrit, saya ingin jelaskan yang saya pun tengah melupakan carutan-carutan tu. Sama-sama berubah ya?

3 comments:

aenny said...

susah lahh tak mencarut sebab mencarut boleh mengurangkan tension .

Chan said...

berselawat dan bertafakur pun boleh mengurangkan tension. =)

aenny said...

yes memang betul tapi selalunya kan lepas dah mencarut baru berselawat sebab baru buat dosa .