Aug 28, 2009

Mata Di Sebalik Hijab

Saya sedang berjalan-jalan dengan tunang saya, Mira, diiringi dengan ahli keluarganya. Setelah penat kami menghayati Bukit Bendera di Pulau Pinang, kami duduk bersama sambil berehat untuk perjalanan seterusnya.

Sedang saya membuka sebotol air untuk diberikan kepada Mira, dia sempat bertanya saya, "kalau satu hari nanti saya berada di tengah-tengah sekelompok wanita, dapatkah awak cam saya lagi?"

"Sudah tentu."

"Tapi bagaimana? Jika saya yang berhijab dan berpurdah ni berada dalam sekumpulan wanita yang berpakaian macam saya, dapatkah awak cam saya lagi?"

"Saya mula mengenali kamu dalam pakaian seperti ini. Dari mula kita jatuh cinta, saya sudah mengecam renungan matamu. Jika saya dapat mengecam renunganmu sejak kita berjumpa, dengan izin Tuhan, akan saya mengecamnya sampai bila-bila."

Walaupun mulutnya dilindungi selembar kain, tapi saya dapat melihat yang Mira sedang tersenyum manis.



DISCLAIMER: Saya bukan watak dalam cerita dongeng ni. Dalam usaha menghasilkan cerita ini saya telah muntah-muntah dan rasa kekok kerana tidak biasa berayat jiwang. By the way, cerita ni boleh kalahkan 'trailer' Ayat-Ayat Cinta. Hahaha.

1 comment:

aminmenulis said...
This comment has been removed by the author.