Aug 22, 2009

Nafsu Seks (Pro-Hijab Campaign)

Kebanyakan pembaca blog saya untuk tempoh sekarang ni adalah perempuan. Saya pun tak mengerti. Saya tak hensem. Saya ingin memakai peluang ini untuk memberi mereka pendidikan seks dan kemahiran berfikir untuk sendiri. Lelaki kebanyakannya jika dengar perkataan seks maka mereka akan terus fikir perempuan. Ya lah, kalau bukan perempuan, siapa lagi. Kecuali mereka ni gay.

Perempuan oh perempuan, sukakah kamu dilayan sebagai sebuah 'alat'? Perempuan, setahu pendidikan psikologi saya, amatlah jiwang dan akan menyukai seorang lelaki tanpa keinginan untuk seks. Tetapi lelaki, berdasarkan hidup saya sebagai seorang lelaki, kebanyakannya suka perempuan atas dasar 'body and face'. Selagi lelaki itu ada nafsu, maka besarlah kemungkinan ini yang mereka lihat dahulu, tak kisah lah ustaz atau tidak.

Baiklah, bercerita tentang 'alat', selalu saya jumpa perempuan yang 'bermogok' agar tidak dilayan sebagai 'alat seks' ni tak sedar diri. Masa bermogok pakai seksi. Pakai tudung paras leher. Lengan T-shirt kena gigit anjing. Seluar dia, tak tahulah nak cakap apa.... baik tak payah pakai. Nampak habis 'shape' dia. Manusia zaman sekarang telah menyalah gunakan pakaian. Fashion lah kononnya. Tudung macam-macam nama pun ada sekarang. Kasi tudung 'Setan' satu amacam?

Jika tidak mahu di'pakai' sebagai alat seks, maka haruslah kamu berlabuh. Lupakan 'fashion' jika kamu tidak mahu menjadi bahan imaginasi para lelaki. Kamu pilih jalan hidup sendiri. Kadangkala dah berlabuh pun boleh jadi imaginasi lagi. Baik kamu pakai purdah agar para lelaki tak dapat 'cari makan'. Nak imaginasi pun hanya ternampak sepasang mata sahaja. Saya tidak percaya kepada istilah 'mata you yang sexy' kerana mata tidak boleh bikin stim.

Orang barat kata Islam ni menindas perempuan, padahal dalam kitab Quran dah tertulis wajib untuk para perempuan yang untuk cover aurat mereka. Ini bukan penindasan, ini perlindungan. Lelaki setiap hari pun boleh 'penuh air di kepala'. Tak percaya tanya pakwe kamu, tak payahlah tanya, mereka mesti tak mengaku. Kamu sebagai wanita ini adalah future wife and mother kepada lelaki dan anak-anak mereka kelak. Ambillah tanggungjawab.

Cerita pasal nafsu seks mesti terselit juga kes rogol. Tak apa, itu lain kali saya cerita. Kalau ada lelaki yang terbaca entry ini, jangan risau. Perempuan ni selalunya tak makan nasihat. So, kamu tetap akan dapat 'cari makan'. (Kaedah Reverse Psychology)


P.S: Banyak lagi 'Pro-Hijab Campaign' yang bakal dilancarkan dari saya. Termasuk kisah 'cinta' yang para perempuan gilakan tuh.

7 comments:

Anonymous said...

suka perempuan atas dasar wajah dan bentuk tubuh badan. itu yang silap. selepas wajah dan tubuh badan dah tak cantik, hilang lah suka tadi.

dulu saya pun macam tu. sekarang sudah ada yang berkenan dihati, dah tak perasan nora danish lalu sebelah

Chan said...

hehehe, bagus2. sama la dgn aku. tp lps da matang, hormon dah stabil skit dah.

aminmenulis said...

Ye, betul tu chan. Aku sokong ape yg anda tulis tu. Memang benar. Itulah hakikat yg perlu diterima. islam bukan agama yang menindas tetapi memelihara dan melindungi dan menunjukkan arah mana yang sebaiknya.
Kesian aku tengok perempuan pakai macamtu. Nak2 yang atlit sukan. Barat sibuk mengatkan islam mendiskriminasikan kaum/gender. Tapi kalau tengok kenapa perempuan pakai baju tak cukup kain? Sedangkan atlit lelaki boleh jer pakai tutup penuh. Lengan panjang lagi. Kesian2. baratlah yang sebenarnya cuba menghina dan mengekploitasi perempuan.

Nabi pun pernah bersabada : dinikahi wanita itu kerana empat perkara. 1. kerana paras rupanya. 2.kerana harta. 3. kerana keturunan. 4 kerana agama. maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan selamat dan bahagia.

aenny said...

i agree with u chan . sebagai seorang perempuan mereka patut tahu mcm mne nk jage aurat die dgn lelaki ajnabi . and i think bkn salah laki jee kalau maksiat berlaku . plus , lelaki mmg spatutnye menyukai seorang perempuan atas dasar sikap atau sifat bukan wajah dan tubuh badan .

Chan said...

to aminmenulis: yup, pompuan yg merasakan mereka harus dihormati perlulah menjaga diri mereka. pompuan yg kadangkala memakai seksi pun reti membuat muka 'jijik' bila lelaki bersiul kat mereka. da mereka pakai seksi. mana taknya?

to aennykaio: btol2. dlm kitab semmgnya diwajibkan untuk pompuan yg beriman utk berhijab. pompuan seharusnya tidak cuba menyoal ttg perintah Tuhan. jika mereka masih berdegil utk menyoal, maka post ni telah menjwb soalan mereka.



stay tuned, more to come. =)

inght said...

yup posting ni bagus..lepas ni aku nak kurangkan ringan2

maryam said...

dunia akhir zaman..