Aug 20, 2009

Buddhism Bukan Agama Ke???

Saya dikejutkan oleh seorang si anon yang suruh saya belajar Agama Buddha sebelum ingin berhujah. Dia tanya saya bahawa Buddhism ini agama atau pemikiran. Saya pun tak tahu bagaimana hendak menjawab kerana ini macam soalan sekolah tadika, maklumlah, saya dah lama 'graduate' dari tadika.

Hujah pertama, perkataan 'agama' berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'kitab' dan 'karya suci'. Dalam Buddhism, terdapat kitab Tripitaka. Jadi, secara automatiknya, ia dikira sebagai 'agama'. Jika si anon ini mahu membawa kepada definisi 'religion', Buddhism tetap dikira 'religion'. Definisi 'religion' adalah, "inner experience, theologi, source of ethics." Tidak dinyatakan pun nama Tuhan. Jadi, jika Buddhism ini adalah atheistic, maka ia masih dikira 'religion' dan 'agama'.

Hujah kedua, Buddha mempercayai konsep syurga neraka. Buddhism juga ada cara sembahyangnya iaitu meditasi. Ada juga pilgrimage mereka seperti melawati 'temple'. Apakah yang difikirkan orang yang mengatakan saya perlu 'belajar tentang Buddhism sebelum pergi jauh'?

Lain kali jangan memakai perkataan, 'kalau kamu tak tahu, jangan pergi jauh' dan seumpamanya. Kamu hanya akan menambahkan nafsu marah mereka kerana kamu memperbodohkan mereka. Nanti diskusi kamu jadi sampah. Jangan, bahaya (Saya ada tergerak hati untuk menulis 'etika berdebat dalam Internet'). Dan saya mahu menyatakan bahawa entri ini bertujuan untuk menyedarkan sesiapa lagi yang berkata agama Buddha bukan agama tapi hanya pemikiran.

Kepada si anon, jangan lah simpan dalam hati, kerana saya pun tak tahu saya sedang 'tembak' siapa sekarang ni.... Mungkin kamu kenal saya, tapi saya tidak kenal kamu. Minta maaf jika tersinggung dan harap-harap mendapat manfaat dari entri ini. Salam.

No comments: