Aug 23, 2010

Manusia Boleh Mencipta Mukjizat

Saya kini lebih pandai memakai ilmu Photoshop. Saya semakin pandai mengedit awan-awan dan video agar kelihatan malaikat turun dari langit. Saya bakal mencipta keajaiban dan mukjizat.

Sungguh kelakar, apabila sedikit ilmu Photoshop mampu mengubah ombak fikiran manusia ke atas agama mereka. Manusia makin senang diperbodohkan. Saya boleh meletakkan ulat dalam daging babi untuk membuatkan manusia-manusia percaya yang memang akan muncul ulat apabila menuang Coke dalam daging babi.

Dan apabila saya membuktikan dengan menuang Coke dalam daging babi di depan muka mereka, iman mereka pasti tercabar. Kerana ulat memang tidak akan muncul atas daging babi setelah dituang Coke. Dan sebenarnya jika manusia dapat melihat sekeping pelepah malaikat mereka pasti tidak bernyawa lagi selepas itu. Apatah lagi malaikat yang muncul depan kamera handphone yang murah.

Kerana ilmu Quran lebih hebat dan menjangkaui zaman daripada ilmu Photoshop. Percayalah.

Bacalah Quran daripada melihat Youtube.

2 comments:

aenny said...

'Kerana ilmu Quran lebih hebat dan menjangkaui zaman daripada ilmu Photoshop. Percayalah.

Bacalah Quran daripada melihat Youtube.'

i totally agree with these phrases.

Unknown said...

ye . kerana dalam AL-QURAN sudah tercatat segala-galanya sejak azali lg . :D