Dec 9, 2009

Tanggungjawab 'Speaker Masjid'

"Bodoh."

"Lancau."


Ayat-ayat seperti ini adalah ayat yang saya tidak mahu dengar atau lihat daripada penceramah agama apa-apa saja. Kerana amanah untuk menyampaikan mesej Tuhan ada pada mereka. Ini kerana kamu sudah berkelayakan untuk berceramah, tidak bermakna kamu ada kelayakan untuk mencarut jika kamu tidak dapat persetujuan.

Saya rasa degree yang kamu dapat penat-penat ni boleh dibuang ke dalam tong sampah jika kamu tidak dapat menahan sabar untuk menjawab satu soalan sekalipun tanpa menunjukkan degree dan tanpa kamu nak berlagak dan mencarut. Kelakar sungguh apabila kamu ingin berlagak dengan mengatakan kamu ni penceramah masjid dan orang lain tidak layak untuk 'argue' dengan kamu. Sejak bila Islam menjadi agama yang bersifat 'paderi'? Dan janganlah bersifat 'pengecut' jika kamu betul-betul ada pengetahuan. Tanpa carutan kamu, orang lebih hormat kepada kamu. Tidakkah kamu dapat berfikiran luas sedikit? Bukankah 'penceramah masjid' ini bertanggungjawab berat untuk membetulkan fikiran dan menjawab soalan orang yang musykil? Perlukah saya membuka surah untuk bercerita tentang denda orang yang bongkak dengan jawatan? Tak payahlah, kamu sebagai penceramah ni sudah tentu tahu surahnya.

Ini satu permintaan damai dari saya untuk menyampaikan cadangan bahawa perangai ini harus diubah. Berhentilah kamu daripada nak melabel orang ini dan itu macam kamu ni memegang kunci Syurga dan Neraka. Setiap manusia ada peluang, dan saya percaya mereka layak diberikan pengetahuan dan bukan cemuhan.

2 comments:

Anonymous said...

tuan telah menghantar saya satu link kpd blog sy utk saya tatapi laman ini. saya agak tidak berapa faham tentang pengkritikan tuan terhadap speaker masjid.

pertama, saya bukan lah penceramah atau org yg bertanggungjawab tinggi dlm hal2 agama. perkataan yg dikeluarkan itu adalah atas kehendak pokdeng sendiri yg menyuruh ustaz dan ustazah berlapang minda dan berkeras sikit dlm menyertai pembacaan blognya. sebagai tetamu, saya hanya memnuhi kehendak pokdeng yang tidak membnarkan org yg berlembut membaca blognya.

sila rujuk kembali sisi-sisi blog pokdeng.

p/s: biro pembangunan masjid dan speaker masjid adalah berbeza. tak tau organisasi kah?

Chan said...

"p/s: biro pembangunan masjid dan speaker masjid adalah berbeza. tak tau organisasi kah?"

tak kisah lah apa sekalipun jawatan yg anda pegang, selagi anda ini masih beragama, diharuskan agar tidak mencarut jika anda berharap untuk menjaga kesucian peribadi kamu. walaupun org lain mencarut tp jgnlah kamu mencarut sesekalipun. itu point penuh saya.

saya tak rasa pokdeng ada menyuruh pembacanya utk mencarut. walaupun dia menyuruh anda mencarut, adakah anda akan membuta tuli memenuhi kehendaknya?

sebagai seorg yang ada peribadi yg mulia, mereka tdk mudah diprovokasi.