Aug 25, 2010

Rokok Dan Puasa

Satu artikel dalam suratkhabar The Star menarik minat saya. Artikel itu ditulis oleh seorang wanita yang bekerja sebagai doktor. Beliau mengajukan satu soalan kepada semua perokok yang berpuasa dalam bulan Ramadhan ini: "Jika kamu boleh berhenti merokok sewaktu bulan Ramadhan, mengapa kamu tidak dapat berhenti untuk selamanya?"

Bagi saya, soalan itu adalah soalan yang salah. Saya mempunyai teori sendiri.

Bagaimana seorang perokok mempunyai keinginan untuk menghisap rokok?

Secara psikologinya, perokok akan mempunyai keinginan itu apabila mereka berpuas hati. Dengan kata lain, mereka akan mempunyai keinginan untuk merokok setelah makan dan minum. Pernahkah kamu lihat majoriti perokok biasanya membuka lighter selepas mereka makan? Tidak pernah saya lihat seseorang ini merokok dalam keadaan lapar dan dahaga.

Selain itu, perokok yang berpuasa hanya mampu berhenti merokok untuk tempoh tertentu sahaja. Masa berbuka, mereka pasti akan mula mencapai rokok. Keinginan itu akan tetap sampai.

Berpuasa boleh mengurangkan kadar merokok harian, tetapi selepas bulan itu berakhir dan umat Islam boleh makan dan minum, kadar itu akan menambah semula.

Jika ingin berhenti merokok, para perokok perlulah mempunyai keinginan untuk berhenti yang tinggi.

Selain itu, ini juga membuktikan yang berpuasa boleh menghilangkan nafsu.

No comments: