Jan 10, 2010

Sensitiviti

Saya tak beberapa selesa apabila saya digelar sebagai orang yang tidak menghiraukan sensitiviti orang lain. Saya tidak berpuas hati hati apabila saya dikatakan sebagai menghina agama (orang yang tidak megikutnya) lain sedangkan ustaz-ustaz yang memulakan ceramah mereka dengan kata yang sama. Saya betul-betul marah apabila orang mencemuh saya berdasarkan identiti saya dan bukan mesej saya. Mahu saja saya meletakkan nama orang-orang yang seperti ini dalam entri ni.

Ramai yang berpendapat bahawa kita harus melihat agama melalui 'core'nya dan bukan dari sikap penganut. Saya tanya kamu, adakah kamu jumpa non-muslim yang beria-ia membaca Quran? Sikap penganut mencerminkan agama itu sendiri, tak kisah lah Kristian, Islam, atau Buddha. Sikap itulah yang menjadi catalyst untuk mendorong orang lain untuk membaca 'core' itu.

Saya lebih berminat bercerita tentang sikap, kerana ia hanya memerlukan logik dan common sense. Saya benci apabila comment saya terhadap seseorang itu di'delete' tanpa penjelasan. Saya rasa orang seperti itu adalah orang yang tidak bertanggungjawab. "Tidak bersuara adalah lebih baik daripada bersuara", kata seorang ni selepas melenyapkan comment yang telah saya taip penat-penat dan mengharapkan jawapan. Cukup berfalsafah dengan nada alimnya sekali.

Apakah orang ini tidak berlogik? Jika sesekali terlintas dalam fikirannya bahawa dia ni adalah seorang pendakwah, saya harap dia akan berfikir semula 232 kali. Sebagai seorang yang ada common sense dan ada otak, setiap perkara yang dibuat haruslah diberikan penjelasan, jika ada silap betulkan. Tapi orang ini telah membuatkan saya rasa benci, malah kini telah menumbuh nanah dan bakal meletup sebentar lagi.

Saya masih mempunyai otak dan logik, sebab itu saya tidak memutuskan bahawa agama kamulah yang membuatkan kamu kurang ajar seperti ini. Agama dah cukup mengajar kamu, cuma kamu kadangkala hanyut dalam judgement kamu sendiri. Kadangkala walaupun kamu ni mengambil jurusan agama dalam universiti sekalipun, syaitan ada cara untuk memesongkan judgement kamu sendiri. Non-muslim tidak sepatutnya diberikan penjelasan, penjelasan hanya perlu diberi kepada muslim yang layak sahaja. Macam tu kah?

Setiap argument haruslah diberikan kata putus supaya ia tidak tumbuh nanah. Saya rasa falsafah "Tidak bersuara adalah lebih baik daripada bersuara" ni tak boleh dipakai untuk hal ni. Kamu rasa saya mengatakan benda yang menyentuh sensitiviti orang Islam. Tapi kalau dalam profile saya terletak gambar saya yang memakai kopiah dan nama profile saya yang bernama "Al- Ali Mumtaz", kamu pun akan telan juga.

No comments: