Sep 7, 2010

Iklan Raya TV3

Baru-baru ni TV3 telah mengeluarkan iklan Raya yang penuh kontroversi. Selepas melihat video itu, saya pun tidak berapa setuju dengan iklan itu, terutamanya scene pakcik kopiah yang menaik beca terbang (silap tengok boleh jadi macam iklan Krismas lah pulak).

Saya sememangnya tidak setuju dengan iklan itu. 1Malaysia menyatukan bangsa, bukan agama.

Tetapi saya juga tidak setuju dengan para muslim yang ingin melebih-lebih dan menunjuk pandai menafsir maksud iklan itu.

Berdasarkan blog ini: http://amirul-arif.blogspot.com/2010/09/hoi-tv3-tarik-balik-iklan-raya-2010.html, saya ingin memberikan pandangan saya pula.

"Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism"


Saya benar-benar kagum dengan kebolehan sesetengah orang membuat tafsiran.

Kini blogger tersebut ingin mengatakan bahawa semua buku adalah Bible? Kerana dalam scene iklan itu, ternampak seorang budak sedang menyelak sebuah buku yang bergambar beca.

Mukasurat Jawi terbalik, itu pun saya tak sure, kerana setelah berbelas kali saya cuba melihat apa tulisan itu. Saya tidak tahu mengapa mereka mengatakan itu tulisan jawi.

Beca Merah. Beca sudah menjadi kenderaan orang Kristian lah pulak! Merah tidak hanya melambangkan orang Kristian sahaja, malah lambang orang Cina, dan juga Manchester United.

North Star. Mengapa orang Islam pantang nampak bintang? Itu lambang bintang yang biasa, bukanlah pentacle ataupun lambang syaitan. Ini apahal nak relate dengan benda negatif ni? Tidak silap saya, lambang Islam juga terdiri daripada bintang dan bulan. Waduh.

Yang kelakarnya, dalam blog itu siap ada membuat tafsiran bahawa atap itu melambangkan kemiskinan, malam itu melambangkan kemunduran Islam, dan Light Bulb itu melambangkan Syaitan. Saya tidak dapat nak counter tafsiran itu kerana saya sedang sibuk ketawa melihat karenah orang gila yang sebaliknya memburukkan agama sendiri daripada mempertahankannya.

Fahamilah, wahai sahabat, yang buku itu bukan semuanya Bible, dan kopiah putih bukanlah bermaksud pope.


Pergi tengok video itu sendiri:
http://www.youtube.com/watch?v=o8UcfFe7sLE

Apa-apa pun, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga yang menyambutnya.

2 comments:

Pill Pusher said...
This comment has been removed by the author.
Pill Pusher said...

I must say you sound quite right there.

Although i prefer they take down that ad.