Nov 23, 2009

Don't Judge Me!

Saya percaya para remaja setiap orang pun mesti pernah sekali mengatakan atau menulis pernyataan seperti "Don't Judge Me!" dalam buletin board Myspace takpun dalam wall Facebook. Ini dah jadi trend. Silap-silap boleh jadi T-shirt macam "Saya Sayang Mak Saya". Padahal remaja langsung tak tahu apa yang dimaksudkan dengan 'judge'. Bila kamu buat dosa, kamu kata don't judge me. Bila kamu ada kasut baru, lipstick baru, dan sibuk nak show-off kepada Myspace dan Facebook yang kamu ni lawa dan handsome, dah bukan dikira judge?

Context 'judge' ni telah disalah pakai dan dirogol berkali-kali oleh para remaja yang reti main Myspace. Setiap gerak-geri remaja terlalu senang untuk dibaca. Bila mereka tulis 'don't judge me', maka mereka telah buat sesuatu yang mereka sesali. Bak kata mak saya, "kamu angkat saja ekor, saya dah tahu yang kamu nak kencing atau berak". Saya suka statement "Only God Can Judge Me", ada juga orang yang edit pernyataan ini ditambah dengan salib-salib dan diletakkan sebagai wallpaper. Kalau Tuhan saja yang boleh judge kamu, itu dah masa kiamat. Kalau Dia nak judge kamu masa tu, kamu dah tak boleh berpatah balik.

Kamu nak tahu apa maksud 'judge'? Politikus seekor ni pergi rumah orang miskin dan bagi mereka 'goodies' berlambang parti mereka. Dan masa nak serahkan hamper tu, sempat pulak bergambar. Seolah mahu menunjukkan maksud "Vote for me!" Dah lah masa tu nak dekat pilihan raya. Coincidence, kan? Sekarang, berdasarkan context kasar yang telah saya pakai untuk describe politikus kat atas tu, mesti kamu tengah bersangka buruk kat politikus tu kan? Tepuk dada, tanya nak makan apa. Itulah namanya judge.

Sekarang apa kamu buat kalau kamu nampak seorang ni bermegah-megah dengan botol arak kat photo Myspace dia? Dah tertunjuk kat dunia yang dia tengah teguk arak. Okay, berdasarkan context 'don't judge me' yang disembah-sembah oleh sesetengah remaja ni, kamu boleh katakan, "ala, tu botol je, dalam tu chrysanthemum. Don't judge them." Dan mereka tak ada hak untuk menasihati (Bukan kutuk) kamu. Camtu ke? Kerana remaja ingat yang undang-undang ada kat bawah ketiak mak bapak dia. Kalau mak bapak dia tak tegur, semua orang dalam dunia ni tak ada hak nak tegur.

Lain kali sebelum kamu nak postkan wall atau status kamu sebagai, "don't judge me bitch!", tolonglah, judge kamu sendiri dahulu.

No comments: