Aug 22, 2008

Siapa Tertindas Dan Siapa Ditindas?

Sewaktu saya masih berada di bangku sekolah dahulu, rakan-rakan saya sering bertanya kepada saya, '' Chan, kau makan babi tak?''
Saya ni seorang yang kurang makan daging, kerana saya berpendapat adalah tidak adil untuk kita membunuh binatang yang lemah dan menjadikannya makanan. Saya juga berpendapat bahawa semua binatang pun kotor, binatang mana yang tidak bernajis? Selain itu, saya juga sedang berdiet. Pelbagai alasan saya boleh beri, tetapi saya tidak suka memberi alasan, saya suka membuat provokasi. Jadi, saya pun menjawab, ''mestilah makan! Aku tak boleh hidup tanpa babi!!''

Wajah mereka terus berubah, seolah-olah mereka sedang berhadapan dengan benda yang paling kotor dalam dunia ni! Apa yang lebih menyeronokkan ialah mereka boleh menghebohkan kepada satu sekolah yang saya makan babi! Tak ada lah satu sekolah, gempak satu kelas saja, mahu kasi hiperbola sikit. Saya akan dilabelkan sebagai 'pengotor, 'cina babi', dan macam-macam ada lah!Jangan pula kamu bersimpati dengan saya, saya sekarang tengah 'have fun'. Saya tengah tengok orang buat dosa.

Apabila saya balik dari sekolah, baru saya sedar sebenarnya bukan saya seorang saja yang berhadapan dengan 'orang-orang suci' ni. Adik saya 'dibahan' sampai menangis teresak-teresak. Saya bertanya apa yang membuat dia nangis. Dia kata 'kawan-kawan' dia tu mengejek 'tuhan' dia tu gemuk! Terketawa saya bila saya mendengar jawapan ni. Apakah saya dan adik saya ni mempunyai 'tuhan'? Saya dan adik saya ni tidak pernah sembahyang, maka layakkah kami mempunyai tuhan? Macamana yang mereka tahu yang tuhan saya ni gemuk pun saya tak tahu lah! Tapi apa yang saya tahu, orang-orang yang menggelar mereka ni 'suci' selalu memburuk-burukkan agama orang lain tanpa mendalami agama tersebut. Yang mereka tahu ialah agama mereka yang ter'best'. Dan janganlah kamu membuat andaian yang saya ni sedang menyindir agama kamu, saya cuma sedang menyindir kamu. Saya tidak percaya yang agama kamu ni menyeru umatnya menghina agama orang lain. Pandai pula 'orang-orang suci' ni, bila mencaci agama orang lain bukan main 'happy' lagi. Bila ada orang mencaci agama mereka berasaplah pula hidung mereka! Siap berperang lagi! Silap-silap kalau saya berperangai macam mereka satu sekolah saya letupkan nanti! Saya tahu mereka yang 'suci' ni mudah tersinggung, dan saya berani mengatakan, saya telah mendalami agama mereka dan saya dapati agama mereka tidak menganjurkan keganasan! Mana pula mereka baca pasal keganasan itu boleh membawa mereka ke syurga pun saya tak tahu lah!

Pernah sekali ada seorang yang 'suci' ni mengajak saya memeluk agama yang dia. Saya dengan sopannya menolak ajakan mereka, lalu mereka mengatakan bahawa saya akan masuk neraka jika saya tidak memeluk agama mereka. Itu bukan dakwah namanya, itu namanya ugut! Lagipun sejak saya lahir lagi saya dah bajet akan menerima seksaan neraka. Saya dah bersedia untuk masuk neraka, tapi untuk pengetahuan anda, walaupun saya akan masuk neraka, saya tetap akan membuat kebajikan, menjaga nyawa orang, dan memastikan orang lain masuk ke syurga. Suka hati kamu lah nak caya atau tidak, lagipun saya bukannya ada bukti.

Sejak kebelakangan ini, saya menerima dakwah dari seorang wanita. Tapi yang 'best'nya, cara berdakwah si jelita ni 'special' sikit. Dia tidak menghina agama saya langsung, malah menunjukkan segala kebaikan yang ada dalam agama dia. Saya terus terjatuh cinta dengan si jelita ini! Cara dakwah dia ni memang aman dan harmonis. tidak perlu cari gaduh. Cubalah bandingkan cara dakwah kamu dan si jelita ini.

Sebagai kesimpulan, yang alim tidak semestinya baik, yang baik tidak semestinya alim. Dunia ini besar, maka besarkanlah fikiran kamu, akhirat itu lagi besar, maka lagi lah harus besarkan fikiran kamu! Saya ingin mendengar komen-komen dari kamu. Adakah kamu sedar golongan mana yang sedang ditindas di Malaysia? Maaf lah kalau ada tersilap bahasa, maklumlah, saya saya dah lama tak tulis karangan.

5 comments:

ulul_albab_16 said...

And insult not those whom they (disbelievers) worship besides Allâh, lest they insult Allâh wrongfully without knowledge. Thus We have made fair¬seeming to each people its own doings; then to their Lord is their return and He shall then inform them of all that they used to do.[] (al-Quran 6:108)

Anonymous said...

betol ar care pmpuan tue dakwah ko..mane de org nk bgi dakwah kasar2 tol x??silap sape yg hina agame2 laen nie sbab 2 hak masing2..so terpulang ar dorg nk ikot ke x nak..kite just leh tolong nasihat je..'nasihat' bkan 'pakse'...

freddy said...

sebab itulah aku jatuh cinta kat dia. =)

Anonymous said...

hoho..who's the lucky gurl huh..oo..diam2 ubi dh berisi dh ye..haha..chan..chan.. ;p

Unknown said...

wah..chan fall in luv???snyp3 je..