Aug 22, 2008

Peristiwa Di Masjid

Pada tahun 2002, mak saya pernah bekerja di KLCC jual kasut Panache. Ramai lah juga pelancong dari luar negara datang melawat KLCC. Pada suatu hari yang ber'tuah' ini, kedai mak saya didatangi oleh seorang Arab, mak saya pun berasa pelik, mangapa si Arab ni tidak berkasut? Dahlah dengan muka masam! si Arab tu pun bertanya kepada mak saya di mana boleh membeli kasut lelaki. Selepas mak saya menunjukkan jalan, mak saya tanya si Arab itu mengapa dia tidak berkasut?

Si Arab yang pandai cakap Inggeris itu pun berkata, '' i went to solat in the mosque and then my slippers was stole.'' Mak saya terketawa dan berasa pelik solat itu bukankah satu sembahyang bagi orang Islam? Sebelum si Arab itu mahu beli kasut baru, dia bertanya kepada mak saya, Stupid dalam bahasa Malaysia apa ayatnya. Mak saya pun berkata, ''bodoh''. Lalu si Arab itu pun menjerit, ''Malaysians BODOH!''

Buat malu betul weyh, pergi sembahyang lepas tu curi kasut, dahlah dekat kawasan KL, orang-orang kaya saja tinggal situ, mahu beli selipar pun tarak duit kah? Buat malu agama, negara dan bangsa sahaja. Buat dosa dekat tempat beribadat, nampak sangat kekufuran mereka ini.

9 comments:

ulul_albab_16 said...

erm, tak semua orang patuh akan ajaran agama mereka...

undang2 Islam kata pencuri mesti dipotong tangannya jika dia tak mahu bertaubat...

Kalau undang2 ISlam dilaksanakan di Malaysia, pasti kejadian begini sukar berlaku....

freddy said...

yup, i agree with you. dengan hukuman yg keras baru lah datangnya disiplin. =)

ulul_albab_16 said...

semestinye... lebih2 lagi sebab itu undang-undang dari Pencipta...

tentunye Pencipta lebih mengetahui perihal ciptaan-Nya... =)

alFaisal said...

"Buat malu betul weyh, pergi sembahyang lepas tu curi kasut,"

Saya percaya yang mencuri tu bukan mereka yang ke tempat solat untuk bersolat, tetapi pencuri yang sentiasa muncul di tempat yang ada habuan besar. Bagi pencuri kasut, tempat paling mudah mendapat kasut tentulah di tempat yang paling ramai orang menanggalkan kasut. Dimana lagi kalau bukan tempat solat :) Samalah bagi perompak rumah, mereka takkan muncul merompak di tengah bandar, tetapi di kawasan-kawasan perumahan:)

Tapi kalau benar orang yang mencuri tu adalah yang datang bersolat. Maka tidak mustahil juga. Kerana ramai hari ini yang bersolat tetapi tak berTuhan. Solat menjadi sekadar adat :)

freddy said...

aik? orang bukan islam x boleh masuk masjid kan?

Anonymous said...

memang bnyak kes mcm tue berlaku..tp bkan kt masjid je,kt sume tmpat pn leh jdi..same ar mcm bile rumah kite dimasuki pencuri,walaupn kite dh kunci n jage umah kite baek2,brang2 kite tetap ilang..nie kan pula tmpat terbuka kat masjid..lg senang org nk amik..or "tersalah" amik...

sirr_wardah said...

benar pandangan anda semua.
setiap apa yg trjadi pasti ada hikmah di sbaliknya. cuba kita perhatikan. hal yg brlaku kpd org Arab trsebut akn mmbuatkan kita lbh brhati2 di mana jg kita brada. selain itu,kita kna sntiasa brfikiran positif & tidak boleh dgn mudah kita mnyalahkan org lain tnpa soal selidik dahulu. mgkin jg org Arab trsbut tersalah letak kasutnya. hal ini pernah trjadi kpd kluarga saya,kluarga sy brprasngka baik & niat sedeqah kasut trsbut. keesokannya kasut kluarga sy trsbut ada kmbali di tmpat trsbut. jka kita brprasngka baik,smuanya akan jd baik. the most important is always think positive. hal ini akan mbwa kpd kbahagiaan hidup. tp,bukan mudah kan?? blum cba blum tahu. stiap kjadian yg brlaku ambil iktibar & usahla kita mudah menuding jari trhadap sesiapun. yang baik jdkan teladan,yg kurg molek jdkan sempadan.. hnya Tuhan yg mngtahui sgalanya.

Chan said...

A very nice angle of thinking. I'll take your advice. =)

aenny said...

omg ! i penah ade dlm situation niey . time tuu btolbtol lps solat traweh dkt masjid . dah la sliper tuu i bru beli ! sumpah saket hati . kalo u trjmpe dgn arab tuu lagyy , ckp yg i paham perasaan dia ! ahahahaha :D