Jul 16, 2009

Freethinker. Jahat Sangat Ke?

Seringkali saya melihat freethinker dicaci dan dimaki oleh orang yang kuat agama. Setahu saya, freethinker ini adalah orang yang menerima semua ajaran agama dan mengkaji agama tanpa prejudis atau kepentingan diri. Bagi orang yang kuat agama pula, freethinker ini adalah orang yang suka menyekutukan Tuhan dari semua agama. Saya ingin bertanya kepada sang kuat agama ini, "mana lagi kamu suka, orang yang menerima semua agama ataupun orang yang menerima agama sendiri sahaja dan tidak menerima agama lain?" Di sini lah terserlahnya prejudis dan kejulingan sang agama ini. Saya ingin menekankan bahawa ajaran Hindu dan Buddha tentang kitaran karma ini bukanlah sekadar cakap kosong sahaja. Kalau kamu tidak menerima pandangan orang lain, mereka pun tidak akan terima pandangan kamu.

Betulkah freethinker ini betul betul jahat? Bagi saya, seorang freethinker ini boleh menyambut Hari Krismas dan pada masa yang sama membuat senaman Yoga. Saya tidak berani menggelar diri saya sebagai seorang freethinker kerana saya ini tidak suka melabel orang 'believer' atau 'non-believer'. Saya juga pernah disakat oleh kawan-kawan saya yang agak kuat agama ini dengan mengatakan bahawa freethinker ini fikirannya tidak betul. Adakah mereka ini bebal atau apa? Saya ini penganut agama Buddha, dan Buddha sering mengajar penganutnya untuk menghormati dan menerima agama orang lain, apa yang pentingnya, setiap agama mengajarkan kebaikan kepada penganutnya. Dengan melawan agama lain, kita juga sedang melawan ajaran agama sendiri iaitu iaitu moral dan kebaikan. Freethinking ini boleh dikatakan sebagai satu ajaran daripada Hindu dan Buddha. Adakah mereka ini sedar yang mereka sedang menghina agama saya?

Saya juga yakin bahawa freethinker ini lebih baik daripada seorang yang degil dan suka memburukkan agama yang bukan dianutinya. Saya sudah bertemu golongan yang suka memburukkan agama orang lain ini, mereka gemar mencari ayat ayat dalam sesebuah kitab dan mentafsirkannya ikut suka sendiri. Ayat yang baik juga boleh ditukarkan menjadikannya buruk mengikut pilih kasih pembacanya. Ada orang pernah mengatakan bahawa freethinker ini merupakan orang yang menghadam semua benda yang dimakannya tanpa mengetahui apakah itu. Maksudnya begini, freethinker ini biasanya telan saja semua sampah yang disalurkan oleh agama yang palsu tanpa mengetahui agama mana satu yang benar dan suci dan murni dan sebagainya. Apa kata saya mengatakan bahawa freethinker ini adalah seorang hakim yang menilai dan menghayati semua kebaikan yang diajarkan oleh semua agama dengan adil dan memerhatikan moraliti penganutnya? Tidakkah ini lebih tepat?

Saya ini seorang manusia yang bukan senang tersinggung, tetapi jika saya ini seorang yang panas baran memang sudah berperang dah saya! Seorang pengkritik blog (saya tidak mahu menyatakan agama apa yang dia anuti) saya pernah berkata bahawa dia perlu buat sesuatu untuk menyedarkan saya tentang kebenaran agama *** agar saya dapat meneruskan 'hidup' saya. Dia meletakkan apostrophe kat ayat 'hidup', apakah maksudnya? Adakah hidup saya ini hidup seekor binatang kerana saya tidak menganuti agama mereka? Dan saya sememangnya benci manusia yang mengatakan bahawa menganuti agama mereka adalah cara hidup yang bermakna manakala agama lain itu sampah. Percaya atau tidak, hidup tanpa rasa ketakutan dan kebencian adalah cara hidup yang PALING baik. Hidup tanpa menyibukkan diri mencari kesalahan agama yang lain adalah jalan hidup yang paling sempurna dan aman damai.

Media ni memang alat yang paling sesuai menyebarkan propaganda, sebab itulah kamu senang percaya yang freethinker ini jahat dan menyesatkan. Tu lah, baca banyak sangat Mastika tanpa mengetahui masalah sebenar yang sedang melanda dunia. Jangan cuba nak berhujah, "ala, dunia dah nak kiamat dah, apa boleh buat!". Itu adalah tindakan yang malas dan alpa. Sedarkah kamu, orang seperti ini lah punca pengakhiran zaman? Pernah ke kamu dengar ada berita tentang seorang freethinker membuat genocide? Genocide ini biasanya dilakukan oleh pemimpin negara yang taksub agama sahaja. Cuba belajar sejarah. Pernah ke kamu dengar tentang seorang pemimpin yang menerima semua ajaran agama ini menghantar askar ke negara lain tanpa alasan yang kukuh? Aduh, sedarlah kawan-kawanku, masalah yang remeh tak perlu diheboh, baik fokus kat masalah yang lebih besar. Freethinking ini walaupun ada bercanggah dengan sesetengah agama, tapi ia tak seteruk kejadian pengganas yang ada di mana mana sahaja negara, janganlah jadi bodoh!



P.S: Agama yang mengajar kebaikan tapi tak diamalkan kebanyakan penganutnya memang saya takkan layan dakwah mereka.

9 comments:

Anonymous said...

Masalah freethinker bukan masalah agama tapi masalah tauhid...cari ttg tauhid dahulu..

satu lagi...saya nak tanya..buddha tu agama ke atau pemikiran...cuba kaji ttg buddha dahulu sebelum pergi jauh..takut nnt nak pergi ke china tapi kat tengah2 jalan, tertinggal beg pakaian masa transit..

Chan said...

Agama Buddha itu sebenarnya suatu pemikiran DAN agama kerana Buddha masih mempercayai konsep syurga dan neraka.

btol tu, Islam sememangnya mencela umatnya yang menyatukan Tuhan dari agama lain. motif saya untuk menulis entry ini bukanlah untuk menyuruh orang Islam untuk menjadi freethinker. sebaliknya ingin membetulkan fikiran orang Islam yang mengutuk freethinker yang bukan menganut agama Islam.

saya juga telah menuliskan pendapat saya bahawa freethinker (non-muslim) adalah lebih baik daripada orang yang terlalu fanatik agama. ini kerana sekurang-kurangnya menghormati semua agama.

p.s: sebelum saya lupa, entry ini bukanlah 'pro-freethinker', sebaliknya hanya membezakan freethinker dan fanatik.

Chan said...

oh ya, perkataan 'agama' berasal dari bahasa sanskrit dan dicipta oleh orang Hindu dan Buddha.

beg pakaian saya sentiasa ada dalam tangan. =)

Melayu Bukan Islam said...

Melayu Bukan Islam. Non-Muslim Malays. Some are agnostic, eat pork, practise witchcraft, profess to be Pagan, Animist, Catholic, Hindu, Buddhist, Christian, Atheist or Free Thinker. Ref: Google search.

Unknown said...

Prejudis adalah ciptaan manusia sendri..bgku sbgai seorang muslim tugasku adalah mntauhidkan Allah..biarla tidak sekaya bill gate..tp kaya dgn akhlak yg baik..aku bangga sbgai seorang muslim...yg baek bgku dtg dr Allah..yg buruk dtg dr kia sendri..use ur brain bro...kita manusia makhluk ciptaanNya..so xreti2 hormatiNya..islam tidak mgajar umatnye mgutuk agama laen bro..lahir original sbgai muslim..mati aku jgak inginkan sbgai muslim.. insyaAllah..

THYRO BRYAN said...

Bagi saya tiada salahnya untuk memilih cara hidup masing2. Ada baiknya menjadi freethinker yang hidup aman tiada prejudice atau menyusahkan sesiapa. Mengamalkan segala kebaikan dan tidak merosakkan sesiapa atau apa2 pun.

THYRO BRYAN said...

Bagi saya tiada salahnya untuk memilih cara hidup masing2. Ada baiknya menjadi freethinker yang hidup aman tiada prejudice atau menyusahkan sesiapa. Mengamalkan segala kebaikan dan tidak merosakkan sesiapa atau apa2 pun.

Unknown said...

Bgaimna pula tntg keimanan kite terhadap allah swt? Iman yg teguh adalh spenuhnya trhadap allah swt tnpa sbrg syak...fikir lah wahai sahabat....

Unknown said...

Islam agama bodoh