Sep 7, 2010

Iklan Raya TV3

Baru-baru ni TV3 telah mengeluarkan iklan Raya yang penuh kontroversi. Selepas melihat video itu, saya pun tidak berapa setuju dengan iklan itu, terutamanya scene pakcik kopiah yang menaik beca terbang (silap tengok boleh jadi macam iklan Krismas lah pulak).

Saya sememangnya tidak setuju dengan iklan itu. 1Malaysia menyatukan bangsa, bukan agama.

Tetapi saya juga tidak setuju dengan para muslim yang ingin melebih-lebih dan menunjuk pandai menafsir maksud iklan itu.

Berdasarkan blog ini: http://amirul-arif.blogspot.com/2010/09/hoi-tv3-tarik-balik-iklan-raya-2010.html, saya ingin memberikan pandangan saya pula.

"Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism"


Saya benar-benar kagum dengan kebolehan sesetengah orang membuat tafsiran.

Kini blogger tersebut ingin mengatakan bahawa semua buku adalah Bible? Kerana dalam scene iklan itu, ternampak seorang budak sedang menyelak sebuah buku yang bergambar beca.

Mukasurat Jawi terbalik, itu pun saya tak sure, kerana setelah berbelas kali saya cuba melihat apa tulisan itu. Saya tidak tahu mengapa mereka mengatakan itu tulisan jawi.

Beca Merah. Beca sudah menjadi kenderaan orang Kristian lah pulak! Merah tidak hanya melambangkan orang Kristian sahaja, malah lambang orang Cina, dan juga Manchester United.

North Star. Mengapa orang Islam pantang nampak bintang? Itu lambang bintang yang biasa, bukanlah pentacle ataupun lambang syaitan. Ini apahal nak relate dengan benda negatif ni? Tidak silap saya, lambang Islam juga terdiri daripada bintang dan bulan. Waduh.

Yang kelakarnya, dalam blog itu siap ada membuat tafsiran bahawa atap itu melambangkan kemiskinan, malam itu melambangkan kemunduran Islam, dan Light Bulb itu melambangkan Syaitan. Saya tidak dapat nak counter tafsiran itu kerana saya sedang sibuk ketawa melihat karenah orang gila yang sebaliknya memburukkan agama sendiri daripada mempertahankannya.

Fahamilah, wahai sahabat, yang buku itu bukan semuanya Bible, dan kopiah putih bukanlah bermaksud pope.


Pergi tengok video itu sendiri:
http://www.youtube.com/watch?v=o8UcfFe7sLE

Apa-apa pun, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga yang menyambutnya.

Aug 25, 2010

Rokok Dan Puasa

Satu artikel dalam suratkhabar The Star menarik minat saya. Artikel itu ditulis oleh seorang wanita yang bekerja sebagai doktor. Beliau mengajukan satu soalan kepada semua perokok yang berpuasa dalam bulan Ramadhan ini: "Jika kamu boleh berhenti merokok sewaktu bulan Ramadhan, mengapa kamu tidak dapat berhenti untuk selamanya?"

Bagi saya, soalan itu adalah soalan yang salah. Saya mempunyai teori sendiri.

Bagaimana seorang perokok mempunyai keinginan untuk menghisap rokok?

Secara psikologinya, perokok akan mempunyai keinginan itu apabila mereka berpuas hati. Dengan kata lain, mereka akan mempunyai keinginan untuk merokok setelah makan dan minum. Pernahkah kamu lihat majoriti perokok biasanya membuka lighter selepas mereka makan? Tidak pernah saya lihat seseorang ini merokok dalam keadaan lapar dan dahaga.

Selain itu, perokok yang berpuasa hanya mampu berhenti merokok untuk tempoh tertentu sahaja. Masa berbuka, mereka pasti akan mula mencapai rokok. Keinginan itu akan tetap sampai.

Berpuasa boleh mengurangkan kadar merokok harian, tetapi selepas bulan itu berakhir dan umat Islam boleh makan dan minum, kadar itu akan menambah semula.

Jika ingin berhenti merokok, para perokok perlulah mempunyai keinginan untuk berhenti yang tinggi.

Selain itu, ini juga membuktikan yang berpuasa boleh menghilangkan nafsu.

Aug 23, 2010

Manusia Boleh Mencipta Mukjizat

Saya kini lebih pandai memakai ilmu Photoshop. Saya semakin pandai mengedit awan-awan dan video agar kelihatan malaikat turun dari langit. Saya bakal mencipta keajaiban dan mukjizat.

Sungguh kelakar, apabila sedikit ilmu Photoshop mampu mengubah ombak fikiran manusia ke atas agama mereka. Manusia makin senang diperbodohkan. Saya boleh meletakkan ulat dalam daging babi untuk membuatkan manusia-manusia percaya yang memang akan muncul ulat apabila menuang Coke dalam daging babi.

Dan apabila saya membuktikan dengan menuang Coke dalam daging babi di depan muka mereka, iman mereka pasti tercabar. Kerana ulat memang tidak akan muncul atas daging babi setelah dituang Coke. Dan sebenarnya jika manusia dapat melihat sekeping pelepah malaikat mereka pasti tidak bernyawa lagi selepas itu. Apatah lagi malaikat yang muncul depan kamera handphone yang murah.

Kerana ilmu Quran lebih hebat dan menjangkaui zaman daripada ilmu Photoshop. Percayalah.

Bacalah Quran daripada melihat Youtube.

Jun 19, 2010

Mereka Suka Buat Kontroversi

Beberapa bulan lepas Facebook saya digemparkan bahawa Crocs menyalahgunakan kalimah Tuhan yang menimbulkan kemarahan orang Islam. Saya ni tak reti tulis Jawi, tapi selepas saya telah meneliti kalimah Tuhan dan kalimah Crocs. Ia adalah langsung tidak sama. Tak tahulah mereka ni makan ubat apa sampai boleh kata sama. Mereka yang cari pasal pergi sengetkan gambar itu dan 'trace'kan kalimah itu agar nampak macam betul. Orang Islam makin ramai orang yang suka cari pasal.

Kini, dunia saya telah digemparkan bahawa FIFA World Cup South Africa mempunyai agenda Zionis.



Saya tak tahu lah mengapa manusia makin lama makin creative menyengetkan gambar. Dan selain itu, APA KENA MENGENA HORUS DENGAN ZIONIS?

Satu lagi gambar Olimpik London pada tahun 2012 nanti pula dikatakan menyerupai All-Seeing Eye. Eh, 2012 bukan dah kiamat ke mengikut filem yang dibenci ramai '2012'? Saya mahu otak kamu berjalan. Kalaulah para Zionis betul-betul jatuhkan umat manusia, apa logik untuk mereka menunjukkan lambang 'agama' mereka merata-rata? Macam lah kalau kita pandang lambang itu, nanti kena mind control. Makin lama makin paranoid.

All Seeing Eye itu sebenarnya digunakan pelbagai agama seperti Buddhism, Kristian, dan lagenda Mesir. Orang Freemason yang gatal tangan pergi curi lambang ini. Jadi, lambang ini tidaklah exclusive untuk zionis sahaja. Tidakkah kamu faham?

Saya rasa lebih logik jika kamu mengatakan FIFA World Cup ni boleh melalaikan manusia. Tapi tak perlulah kamu menyengetkan gambar orang dan menabur fitnah yang masih terumbang ambing lagi asas logik mereka.

P.S: Kamu cuba ambil gambar potret saya dan sengetkan, mana tahu ada lambang nazi pulak ke.

Jan 10, 2010

Sensitiviti

Saya tak beberapa selesa apabila saya digelar sebagai orang yang tidak menghiraukan sensitiviti orang lain. Saya tidak berpuas hati hati apabila saya dikatakan sebagai menghina agama (orang yang tidak megikutnya) lain sedangkan ustaz-ustaz yang memulakan ceramah mereka dengan kata yang sama. Saya betul-betul marah apabila orang mencemuh saya berdasarkan identiti saya dan bukan mesej saya. Mahu saja saya meletakkan nama orang-orang yang seperti ini dalam entri ni.

Ramai yang berpendapat bahawa kita harus melihat agama melalui 'core'nya dan bukan dari sikap penganut. Saya tanya kamu, adakah kamu jumpa non-muslim yang beria-ia membaca Quran? Sikap penganut mencerminkan agama itu sendiri, tak kisah lah Kristian, Islam, atau Buddha. Sikap itulah yang menjadi catalyst untuk mendorong orang lain untuk membaca 'core' itu.

Saya lebih berminat bercerita tentang sikap, kerana ia hanya memerlukan logik dan common sense. Saya benci apabila comment saya terhadap seseorang itu di'delete' tanpa penjelasan. Saya rasa orang seperti itu adalah orang yang tidak bertanggungjawab. "Tidak bersuara adalah lebih baik daripada bersuara", kata seorang ni selepas melenyapkan comment yang telah saya taip penat-penat dan mengharapkan jawapan. Cukup berfalsafah dengan nada alimnya sekali.

Apakah orang ini tidak berlogik? Jika sesekali terlintas dalam fikirannya bahawa dia ni adalah seorang pendakwah, saya harap dia akan berfikir semula 232 kali. Sebagai seorang yang ada common sense dan ada otak, setiap perkara yang dibuat haruslah diberikan penjelasan, jika ada silap betulkan. Tapi orang ini telah membuatkan saya rasa benci, malah kini telah menumbuh nanah dan bakal meletup sebentar lagi.

Saya masih mempunyai otak dan logik, sebab itu saya tidak memutuskan bahawa agama kamulah yang membuatkan kamu kurang ajar seperti ini. Agama dah cukup mengajar kamu, cuma kamu kadangkala hanyut dalam judgement kamu sendiri. Kadangkala walaupun kamu ni mengambil jurusan agama dalam universiti sekalipun, syaitan ada cara untuk memesongkan judgement kamu sendiri. Non-muslim tidak sepatutnya diberikan penjelasan, penjelasan hanya perlu diberi kepada muslim yang layak sahaja. Macam tu kah?

Setiap argument haruslah diberikan kata putus supaya ia tidak tumbuh nanah. Saya rasa falsafah "Tidak bersuara adalah lebih baik daripada bersuara" ni tak boleh dipakai untuk hal ni. Kamu rasa saya mengatakan benda yang menyentuh sensitiviti orang Islam. Tapi kalau dalam profile saya terletak gambar saya yang memakai kopiah dan nama profile saya yang bernama "Al- Ali Mumtaz", kamu pun akan telan juga.

Dec 9, 2009

Tanggungjawab 'Speaker Masjid'

"Bodoh."

"Lancau."


Ayat-ayat seperti ini adalah ayat yang saya tidak mahu dengar atau lihat daripada penceramah agama apa-apa saja. Kerana amanah untuk menyampaikan mesej Tuhan ada pada mereka. Ini kerana kamu sudah berkelayakan untuk berceramah, tidak bermakna kamu ada kelayakan untuk mencarut jika kamu tidak dapat persetujuan.

Saya rasa degree yang kamu dapat penat-penat ni boleh dibuang ke dalam tong sampah jika kamu tidak dapat menahan sabar untuk menjawab satu soalan sekalipun tanpa menunjukkan degree dan tanpa kamu nak berlagak dan mencarut. Kelakar sungguh apabila kamu ingin berlagak dengan mengatakan kamu ni penceramah masjid dan orang lain tidak layak untuk 'argue' dengan kamu. Sejak bila Islam menjadi agama yang bersifat 'paderi'? Dan janganlah bersifat 'pengecut' jika kamu betul-betul ada pengetahuan. Tanpa carutan kamu, orang lebih hormat kepada kamu. Tidakkah kamu dapat berfikiran luas sedikit? Bukankah 'penceramah masjid' ini bertanggungjawab berat untuk membetulkan fikiran dan menjawab soalan orang yang musykil? Perlukah saya membuka surah untuk bercerita tentang denda orang yang bongkak dengan jawatan? Tak payahlah, kamu sebagai penceramah ni sudah tentu tahu surahnya.

Ini satu permintaan damai dari saya untuk menyampaikan cadangan bahawa perangai ini harus diubah. Berhentilah kamu daripada nak melabel orang ini dan itu macam kamu ni memegang kunci Syurga dan Neraka. Setiap manusia ada peluang, dan saya percaya mereka layak diberikan pengetahuan dan bukan cemuhan.

Dec 7, 2009

Adakah 2012 Satu Propaganda?

Betulkah manusia ni bodoh sangat seperti yang diperkatakan oleh sesetengah penceramah agama? Saya sebagai Mythbuster ni cuba untuk mencari jawapannya. Saya cuba mencari kawan-kawan saya yang saya rasakan kurang alim ni untuk cuba mendapatkan jawapan dari mereka (Saya tahu saya tak boleh nak judge mereka, jadi maafkan saya.).

Kebelakangan ini dunia hiburan Malaysia digemparkan dengan movie 2012 yang memaparkan adegan 'kiamat'. Cis, betulkah? Selepas saya melihat movie itu, saya rasa ia lebih sesuai dipanggil sebagai movie 'disaster' seperti cerita Tsunami. Sedih juga lah bila dapat tahu yang director movie tu digelar sebagai kafir laknat. Fuhh... Itu ayat yang sungguh berat. Bagi saya lah, kita tak boleh nak panggil orang kafir laknat sesuka hati rasa kita. Terutamanya kalau sesetengah daripada kami yang masih mencari makna 'kehidupan' berlandaskan agama kita. Kita mana boleh jadi Tuhan? Tidakkah begitu?

Tapi ada satu benda yang saya nak sedarkan kamu semua, kamu tak rasa malu ke bila kamu baru nak start insaf lepas tengok cerita tu? Insaf lah sekarang, kiamat memang dah dekat tapi bukan macam kat movie tu. Tah apa-apa saja diorang ni, mencari keinsafan dalam movie tapi bukan dalam agama. Memalukan.

Ada orang kata movie ni adalah sebuah alat propaganda untuk memperbodohkan umat Islam. Berikut adalah interview saya terhadap kawan-kawan saya:

"Apa lah movie '2012' ni. Mana boleh dipanggil kiamat siot. Jesus pun belum turun lagi."

"Boleh tahan gak movie tu. Jalan cerita best."

"Apa barang? Ada survivor dalam kiamat? Tipu siot!"

Yang saya pelik lah, kenapa tak ada orang antara kawan-kawan saya ni tak cakap: "Gila ah, betul dowh movie tu. Aku kena berhenti belajar sebab tahun 2012 pun dah dekat. Aku nak enjoy hidup sepuas-puasnya memandangkan dunia dah nak kiamat." Tak tahulah, mungkin kawan-kawan saya ni semuanya pandai-pandai belaka.

Mengapa ada antara kita yang suka memperbodohkan saudara sendiri? Manusia, sebodoh mana pun, ada brain wave mereka. Mereka ada daya fikrah sendiri. Tak lah sebodoh mana yang kita sangkakan. Semua orang tahu itu hanyalah movie sahaja. Takpun para penceramah agama ini sendiri percaya terhadap movie ini?

Jika kamu mahu tahu, antara propaganda yang 'laku' adalah propaganda politik dan sosial. Movie World War 2 sangat berpengaruh begitu juga dengan movie yang cuba memburukkan pandangan non-muslim terhadap muslim. Biasanya movie yang tertulis 'Based on True Story' ni yang mengubah fikiran manusia. Saya bet kamu tidak tahu yang AS tidaklah berjasa sangat dalam Perang Dunia Kedua jika dibandingkan dengan British. Tahukah kamu? Ke kamu termakan propaganda 'kafir laknat'?

British telah mula berperang dengan Nazi sebelum AS. AS join perang itupun selepas Pearl Harbor mereka kena hentam dengan askar Jepun. Dan satu lagi, dalam Vetnam War, AS telah kalah perang tersebut. Tapi dalam movie We Were Soldiers lakonan Mel Gibson, mereka kelihatan seperti telah memenangi peperangan itu. Mereka macam cuba menyembunyikan fakta yang mereka telah kalah perang. Para penceramah, kamu tahu kah mengenai hal ni?
Manusia ni ada logik mereka sendiri. Kamu janganlah terlalu gelabah sangat. Tapi janganlah kamu jadi lalai sangat pula.

Personally, movie 2012 ni dah buat saya nangis empat lima kali dalam panggung wayang. Serious. Cerita macam tu sepatutnya kamu bawak sekali awek kamu pergi tengok kalau kamu nak tengok dia menangis. Lain kali kalau 'kafir laknat' ni nak betul-betul bodohkan kamu lagi, mereka harus letakkan 'Based on True Story' kat movie yang bergenrekan kiamat. Apa kata kita buat movie 2010? Mesti lagi gempak.